Seireitei Soul_Society

Pandangan udara kawasan Seireitei

Seireitei (瀞霊廷, secara literal bermaksud halaman roh-roh suci) ialah kawasan utama di Soul Society, sebuah shiro dengan empat buah pintu masuk utama, setiap daripada mereka dijaga oleh seorang Penjaga Pintu. dindingnya dicipta daripada "batu maut", sejenis bahan yang akan mengumpul segala tenaga telepati dan tenaga semangat apabila dihalakan ke arah tertentu, serupa dengan batu magnetik. Bata maut juga membentuk sebuah perisai berbentuk bulat di sekitar kawasan pekan, justeru menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki kawasannya menerusi udara, kecuali empat pintu utamanya.

Majoriti penghuni Seireitei, iaitu shinigami dan bangsawan, tidak berinteraksi dengan penduduk di Rukongai. Walau bagaimanapun, penduduk di Rukongai, seperti Renji dan Rukia, diberi peluang untuk memohon memasuki akademi shinigami, yang selalunya merupakan satu-satunya peluang melepaskan diri daripada kemiskinan yang melanda Rukongai. Sesetengah daripada penduduk di Seireitei, seperti bekas komander pasukan khas, Shihouin Yoruichi, dan kumpulan Shiba, masih menetap di luar kawasan istana.

Di bahagian tengah Seireitei terdapat Makam Sesalan (senzaikyū), sebuah menara putih, dan Bukit Sōkyoku (双殛), di mana hukuman-hukuman dijalankan.