Penerangan Soul_Society

Seperti yang diterangkan Kuchiki Rukia di mana menurutnya Soul Society adalah sembilan daripada sepuluh kali lebih baik daripada dunia hidup dan kebuluran tidak mendatangkan sebarang masalah,[2]Soul Society tidak pernah sekalipun dipamerkan sebagai kawasan yang suci ataupun luhur (Rukia meninggal semasa bayi lagi, justeru pandangannya terhadap dunia sebenar terpesong). Dalam kebenarannya, hanya terdapat dua perbezaan ketara di antara dunia sebenar dan Soul Society, iaitu proses penuaan yang sangat lama dan ketidakwujudan perasaan kelaparan. Selain daripada yang disebutkan, kehidupan di sini hampir sama dengan kehidupan di dunia hidup. Soul Society terdiri daripada dua bahagian: Rukongai iaitu sebuah perkampungan atau sekumpulan bandar-bandar besar di mana kebanyakan manusia hidup; dan Seireitei (secara literal bermaksud Tapak Roh-roh Suci), sebuah istana sebalik dinding gergasi di mana ahli-ahli bangsawan dan shinigami tinggal.

Meskipun Soul Society dianggap dunia selepas kematian, kehidupan manusia bukannya abadi, di mana mereka masih "bernyawa" tetapi proses penuaan adalah lambat sehingga manusia mampu mencecah usia lebih 2000 tahun. Mereka yang mencecah umur sedemikian selalunya tergolong daripada para shinigami atau mereka yang berupaya untuk memanipulasi tenaga-tenaga semangat. Kanak-kanak dilahirkan sepertimana mereka dilahirkan dalam dunia hidup, dan manusia boleh dibunuh sepertimana nyawa mereka diambil dalam dunia hidup, meskipun mereka boleh terselamat daripada kecederaan-kecederaan yang boleh membawa maut. Roh yang "mati" di Soul Society akan dikembalikan sebagai seorang manusia biasa di atas muka Bumi tanpa memori masa lampau.[3]