Sinopsis Spanar_Jaya_X

Pak Selamat telah menyerahkan bengkel Spanar Jaya kepada Mat Rock (Opie Zami) yang merupakan pekerja setianya. Namun, hampir setahun berlalu, bengkel Spanar Jaya mengalami masalah kewangan dan menanggung hutang kerana Mat Rock tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan perniagaan. Pak Selamat kecewa dengan Mat Rock kerana tidak berkongsi masalah hutang yang dihadapinya. Pak Selamat bersedia untuk membantu Mat Rock menyelesaikan hutang bengkel itu tetapi dengan syarat, anak buahnya, Syasya (Uqasha Senrose) akan diserap masuk bagi memantau segala hal ehwal kewangan dan Zaki (Ben Amir), seorang mekanik akan menjadi ‘Chief Foreman’ bagi memajukan semula perniagaan di Spanar Jaya.[3][4]