Pelakon Spanar_Jaya_X

Pelakon utama

  • Opie Zami sebagai Mat Rock, merupakan pemilik baharu bengkel Spanar Jaya setelah bengkel itu diserahkan oleh Pak Selamat kepadanya. Pak Selamat menyerahkan bengkel tersebut kerana dia menjalankan perniagaan kereta mewah bersama-sama dengan menantunya, Iskandar.
  • Uqasha Senrose sebagai Syasya, merupakan anak saudara kepada Pak Selamat, seorang graduan bidang perakaunan yang akan membantu Mat Rock di bengkel Spanar Jaya.
  • Ben Amir sebagai Zaki, merupakan adik kepada Iskandar, seorang bapa tunggal dan merupakan ‘Chief Foreman’ di bengkel Spanar Jaya.
  • Douglas Lim sebagai Henley, merupakan pemilik kedai alat ganti kereta dan pembekal kepada bengkel Spanar Jaya. Dia juga merupakan kawan rapat kepada Mat Rock.
  • Sangeeta Krishnasamy[5] sebagai Vicky, merupakan seorang guru Bahasa Inggeris, mempunyai pusat tuisyen bersebelahan dengan bengkel Spanar Jaya, turut mengajar Bahasa Inggeris kepada Mat Rock, seorang yang peramah dan baik hati.
  • Kalai sebagai MJ, merupakan peminat Michael Jackson
  • Jian Wen sebagai Teh Yang, pekerja bengkel Spanar Jaya.
  • D'Boy Hamdan sebagai Sahak Sentil

Pelakon undangan