Spaniel_Picardie
Spaniel_Picardie

Spaniel_Picardie

Spaniel Picardie (Bahasa Perancis: épagneul picard; Bahasa Inggeris: Picardy spaniel) ialah satu baka anjing dikembangkan di Perancis untuk kegunaan sebagai gundog. Ia berkaitan dengan spaniel Picardie biru, dan masih mempunyai banyak keserupaan, tetapi spaniel Picardie ialah yang lebih lama daripada kedua-dua baka ini. Ia disangkakan merupakan salah satu daripada dua baka spaniel benua terlama dan disukai oleh bangsawan Perancis, kekal popular untuk pemburuan selepas Revolusi Perancis kerana bulu tahan cuacanya yan membolehkannya memburu dalam pelbagai keadaan dan rupa bumi. Walau bagaimanapun kepopularannya menurun ikutan kemasukan baka anjing pemburu Inggeris pada awal abad ke-20. Agak lebih kecil daripada seter Inggeris tetapi lebih besar daripada kebanyakan sepupu spanielnya, ia tidak mempunyai isu kesihatan penting tetapi seperti dengan banyak baka dengan telinga berjuntai, ia mudah menjangkiti jangkitan telinga.

Spaniel_Picardie

Negara asal Perancis
UKC Gundog
FCI Kumpulan 7 Seksyen 1.2 #108
Pengelasan dan piawaianFCIUKC
Pengelasan dan piawaian
FCIKumpulan 7 Seksyen 1.2 #108(Piawaian)
UKCGundog(Piawaian)