Sifat Strontium

Oleh sebab kereaktifan yang keterlaluan dengan oksigen dan air, unsur ini terjadi hanya semula jadinya dalam sebatian dengan unsur lain, sebagaimana dalam strontianit galian dan selestit.

Strontium lebih lembut berbanding kalsium bahkan lebih reaktif di dalam air dengan sentuhan serta-merta menghasilkan strontium hidroksida dan gas hidrogen. Ia membakar di dalam udara untuk menghasilkan strontium oksida and strontium nitrida tetapi sebelum itu ia tidak akan bertindak balas dengan nitrogen di bawah 380 °C dengan cuma membentuk oksida secara spontan pada suhu bilik. Ia hendaklah disimpan di bawah minyak tanah untuk menghalang pengoksidaan; logam strontium yang baru terdedah menjadi warna kekuningan dengan pantas dengan pembentukan oksida. Logam strontium yang dilumat halus akan menyala secara spontan dalam udara pada suhu bilik. Garam strontium yang mudah meruap memberikan warna merah lembayung untuk menyala dan garam ini digunakan dalam piroteknik dan penghasilan suar. Strontium asli adalah campuran empat isotop radiostabil.

Rujukan

WikiPedia: Strontium http://bernath.uwaterloo.ca/media/149.pdf http://www.azom.com/Details.asp?ArticleID=3353 http://iadr.confex.com/iadr/2007orleans/techprogra... http://www.qrg.northwestern.edu/projects/vss/docs/... http://yosemite.epa.gov/ee/epa/riafile.nsf/vwAN/S9... http://periodic.lanl.gov/elements/38.html //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/14749454 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15728210 http://minerals.usgs.gov/minerals/pubs/commodity/s... http://minerals.usgs.gov/minerals/pubs/commodity/s...