Isotop Strontium

Rencana utama: Isotop strontium

Logam alkali bumi strontium mempunyai empat stabil, isotop terjadi semula jadinya yakni 84Sr (0.56%), 86Sr (9.86%), 87Sr (7.0%) dan 88Sr (82.58%). Hanya 87Sr adalah radiogeni yang dihasilkan oleh susutan logam alkali 87Rb radioaktif yang separuh hayatnya pada 4.88 × 1010 tahun. Dengan itu, terdapat dua sumber 87Sr dalam sebarang bahan yang dibentuk ketika nukleosintesis purba bersama-sama 84Sr, 86Sr dan 88Sr di samping yang terbentuk oleh susutan radioaktif 87Rb. Nisbah 87Sr:86Sr merupakan parameter yang lazimnya dilaporkan dalam penyelidikan geologi; nisbah dalam galian dan batuan mempunyai nilai dari kira-kira 0.7 hingga lebih besar daripada 4.0. Oleh sebab strontium memiliki jejari atom] menyerupai kalsium, ia bersdia menggantikan untuk Ca dalam galian.

Enam belas isotop tidak stabil yang diketahui wujud terutamanya 90Sr dengan separuh hayat pada 28.78 tahun dan 89Sr dengan separuh hayat pada 50.5 hari.

  • 90Sr merupakan hasil sampingan pembelahan nukleus yang ditemui dalam guguran radioaktif dan mewujudkan masalah kesihatan memandangkan ia menggantikan kalsium di dalam tulang, menghalang pengusiran daripada badan. Isotop ini merupakan salah satu pemancar beta bertenaga tinggi hayat lama terbaik yang diketahui dan telah digunakan dalam penjana termoelektrik radioisotop. Alat ini dijangka akan digunakan dalam kapal angkasa lepas, stesen kawalan cuaca, boya pandu arah dan sebagainya sedangkan sumber tenaga yang ringan, hayat lama dan berkuasa nuklear diperlukan. Kemalangan nuklear Chernobyl pada tahun 1986 telah mencemarkan kawasan yang luas terbentang dengan 90Sr. 90Sr dikurung di dalam plak perak yang cekung yang juga digunakan bagi rawatan perubatan meresek pterigium.
  • 89Sr merupakan radioisotop buatan hayat pendek yang menyediakan manfaat kesihatan memandangkan ia menggantikan kalsium di dalam tulang. Dalam keadaan yang pesakit barahnya dan metastasis (sekunder) bertulang yang meluas dan menyakitkan, pemberian 89Sr menyebabkan penghantaran pancaran radioaktif (zarah beta dalam kes ini) terus ke bahagian bertulang yang bermasalah yang pusing ganti kalsiumnya adalah yang terbesar. 89Sr dibuat sebagai garam klorida yang larut dan apabila air suling bergaram dilarutkan dalam boleh disuntik ke dalam pembuluh darah. Biasanya, pesakit barah dirawat dengan dos 150 MBq. Pesakit perlu mengikut awasan yang disuruh kerana air kencing akan menjadi tercemar dengan keradioaktifan, jadi mereka perlu duduk ketika kencing dan mengepam tandas sebanyak dua kali. Zarah beta bergerak kira-kira 3.5 mm di dalam tulang (0.583 MeV tenaga) dan 6.5 mm di dalam tisu, jadi tiada keperluan untuk mengasingkan pesakit yang telah dirawat melainkan ada sesiapa yang duduk dalam pangkuan pesakit terbabit selama 10-40 hari. Kelainan masa disebabkan oleh masa pembersihan yang berubah-ubah 89Sr yang bergantung kepada fungsi buah pinggang dan bilangan metastasis bertulang. Lagi banyak metastasis bertulang, seluruh dos 89Sr boleh diambil ke dalam tulang, jadi keradioaktifan sepenuhnya dikekalkan kepada susutan lebih daripada 50.5 hari separuh hayat. Lebihan 89Sr akan ditapis oleh buah pinggang, jadi separuh hayat berkesan (gabungan separuh hayat biologi dan fizik) akan menjadi lebih pendek.

Rujukan

WikiPedia: Strontium http://bernath.uwaterloo.ca/media/149.pdf http://www.azom.com/Details.asp?ArticleID=3353 http://iadr.confex.com/iadr/2007orleans/techprogra... http://www.qrg.northwestern.edu/projects/vss/docs/... http://yosemite.epa.gov/ee/epa/riafile.nsf/vwAN/S9... http://periodic.lanl.gov/elements/38.html //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/14749454 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15728210 http://minerals.usgs.gov/minerals/pubs/commodity/s... http://minerals.usgs.gov/minerals/pubs/commodity/s...