Kegunaan Strontium

Sebagaimana logam strontium tulen yang digunakan dalam strontium 90%-aluminium 10% pancalogam dalam kandungan eutektik bagi pengubahsuaian silikon aluminium tuangan pancalogam.[2] Kegunaan utama sebatian strontium adalah di dalam kaca bagi tiub sinar katod televisyen warna bagi mencegah pengeluaran sinar X[3][4]

Kegunaan lain:

  • 89Sr merupakan ramuan aktif dalam Metastron, sejenis radiofarmaseutis yang digunakan untuk merawat kesakitan tulang sehinggalah barah prostat metastatis. Strontium bertindak seperti kalsium dan sebati ke dalam tulang yang mengalami proses osteogenesis. Penyetempatan ini menumpukan pendedahan sinaran pada lesi berbarah.
  • 90Sr digunakan sebagai sumber tenaga bagi penjana termoelektrik radioisotop (RTG). 90Sr menghasilkan kira-kira 0.93 watt haba setiap gram (ia lebih rendah bagi gred 90Sr yang digunakan dalam RTG, iaitu strontium fluorida).[5] Namun begitu, 90Sr mempunyai separuh hayat hampir 3 kali ganda lebih pendek dan berketumpatan lebih rendah daripada 238Pu yang juga bahan bakar RTG. Kelebihan utama 90Sr ialah lebih murah daripada 238Pu dan dijumpai di sisa radioaktif
  • 90 juga digunakan dalam terapi barah. Pancaran beta dan separuh hayat yang lama paling sesuai untuk radioterapi luar.
  • Strontium merupakan salah satu bahan pancalogam AJ62, pancalogam magnesium tahan lama yang digunakan pada enjin kereta dan motosikal oleh BMW.
  • Oleh sebab Sr amat menyerupai kalsium, ia sebati pada tulang. Kesemua keempat-empat isotop adalah sebati, lebih kurang bentuknya sebagaimana yang didapati secara semula jadi (sila lihat bawah). Walau bagaimanapun, pengagihan isotop sebenar berbeza-beza dari satu tempat ke tempat yang lain. Oleh itu, menganalisis tulang orang perseorangan boleh menentukan asal tulang tersebut. Pendekatan ini membantu bagi mengenal pasti corak penghijrahan purba di samping asal jasad manusia yang bercampur-campur di tapak pengebumian medan perang. Jadi, strontium juga membantu ahli sains forensik.
  • Strontium digunakan dalam meneliti pembebasan pengutus neuro dalam neuron. Seperti kalsium, strontium memudahkan pertaupan dengan vesikel sinaps dengan membran vesikel. Namun demikian, strontium menyebabkan pertaupan vesikel tidak segerak, tidak seperti kalsium. Jadi, menggantikan kalsium di dalam perantaran kultur dengan strontium membolehkan ahli sains mengukur kesan peristiwa pertautan vesikel tunggal. Sebagai contoh, saiz gerak balas possinapsis boleh diperlihat menerusi kandungan pengutus neuro pada vesikel tunggal.[6][7]

Nisbah 87Sr:86Sr lazimnya digunakan bagi menentukan kemungkinan asal-usul endapan dalam sistem semula jadi, khususnya di dalam persekitaran laut dan sungai. Dasch (1969) menunjukkan bahawa permukaan endapan Lautan Atlantik memperlihatkan nisbah 87Sr:86Sr yang dianggap sebagai purata besar nisbah 87Sr:86Sr pada teran geologi dari daratan bersebelahan. Contoh terbaik sistem laut fluvium yang kajian asal-usul isotop strontiumnya telah digunakan dengan jayanya ialah sistem Sungai Nil-Mediterranean (Krom et al., 1999; Krom et al., 2002; Talbot et al. 2000). Oleh sebab umur batuan yang berbeza-beza yang membentuk sebahagian besar kawasan tadahan Nil Biru dan Putih di dalam mengubah asal-usul endapan yang tiba di delta Sungai Nil dan Laut Mediterranean Timur boleh dilihat melalui penelitian isotop Sr. Segala perubahan terkawal secara iklim dalam Kuarterner Akhir.

Baru-baru ini, nisbah 87Sr:86Sr juga digunakan bagi menentukan sumber bahan arkeologi purba seperti kayu balak dan jagung dalam Ngarai Chaco, New Mexico (English et al., 2001; Benson et al., 2003). Nisbah 87Sr:86Sr dalam gigi mungkin juga digunakan untuk menjejaki penghijrahan haiwan (Barnett-Johnson, 2007; Porder et al., 2003) atau forensik jenayah.

Atom strontium digunakan dalam jam atom ujikaji dengan kejituan penetap rekod.[8]

Rujukan

WikiPedia: Strontium http://bernath.uwaterloo.ca/media/149.pdf http://www.azom.com/Details.asp?ArticleID=3353 http://iadr.confex.com/iadr/2007orleans/techprogra... http://www.qrg.northwestern.edu/projects/vss/docs/... http://yosemite.epa.gov/ee/epa/riafile.nsf/vwAN/S9... http://periodic.lanl.gov/elements/38.html //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/14749454 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15728210 http://minerals.usgs.gov/minerals/pubs/commodity/s... http://minerals.usgs.gov/minerals/pubs/commodity/s...