Pemasaran Sukan_Asia_Tenggara_2001

Logo

Logo Sukan Asia Tenggara 2001 merupakan imej api obor, simbol kecemerlangan dan kegemilangan temasya yang seringkali digunakan dalam kebanyakan sukan-sukan antarabangsa. Dalam membentuk “api obor” untuk kegunaan logo, nyalaan api obor tersebut telah diasingkan dan diubah suai. Bentukan berbentuk anyaman api obor melambangkan perpaduan dan penglibatan serta penghimpunan para atlet terbaik di Asia Tenggara. Anyaman tersebut yang membentuk huruf roman XXI melambangkan Sukan SEA ke-21, manakala warna-warna jalur gemilang, bendera Malaysia melambangkan identiti kebangsaan. Logo Persekutuan Sukan Asia Tenggara pada puncak obor api melambangkan negara-negara bertanding di Sukan Asia Tenggara dan Sukan Asia Tenggara sendiri.[5]

Maskot

Si Tumas seekor tupai, maskot rasmi Sukan SEA 2001.

Maskot rasmi Sukan Asia Tenggara 2001 ialah seekor tupai yang bernama Si Tumas, singkatan Tupai Emas. Dikatakan bahawa Tupai ialah sejenis binatang yang jinak dan penyayang dan boleh ditemui di merata tempat. Dalam cerita-cerita rakyat kebanyakan negara, tupai digambarkan sebagai seekor binatang yang mesra dan ceria di samping bertenaga dan pantas dalam pergerakannya. Pemilihan tupai sebagai maskot bertujuan untuk meminjam sifat dan perwatakannya yang mesra, periang, ceria dan ramah untuk disesuaikan kepada acara. Warna keemasan pada tupai tersebut merujuk kepada aspek kemenangan. Perkataan SI dari segi bunyinya bersamaan dengan sebutan SEA atau Sukan SEA dan juga merupakan gelaran yang sering dipakai oleh masyarakat Melayu. Perkataan TU pula ialah perkataan awal bagi Tupai dan perkataan MAS diambil daripada perkataan EMAS.[6][7]

Lagu

Lagu rasmi temasya Sukan ialah "Demi Semangat Kesukanan (Sukan SEA – 2001)", digubah oleh Helen Yap daripada Magic Nova Productions dengan lirik bahasa Inggerisnya ditulis Tom Leng dan lirik bahasa Malaysianya ditulis oleh Loloq dan dinyanyikan oleh Lynn Ali.[8][9][10] Sebuah lagu kempen temasya sukan telah digubah oleh Jaafar Abdul Rahman Idris dengan liriknya ditulis oleh Dato Mokhzani Ismail dan dinyanyikan oleh Adibah Noor.[11]

Penaja

Sejumlah 26 penaja, termasuk 4 Rakan Rasmi, 8 Penaja Utama dan 14 Penaja Rasmi menajakan temasya sukan tersebut.[1]

Rakan rasmiPenaja utama Penaja utama (bersambung)
  • Spritzer
  • Genting Group
  • Bata
  • Syarikat Supreme Landmark & Wireless Corp. Sdn. Berhad
  • Galaxy Automation Sdn. Berhad
Penaja rasmi
Penaja rasmi (bersambung) Penaja rasmi (bersambung)

Rujukan

WikiPedia: Sukan_Asia_Tenggara_2001 http://properties.d-choice.com/traditionaloffice/s... http://www.e-borneo.com/cgi-bin/np/search.cgi?cate... http://www.e-borneo.com/cgi-bin/np/search.cgi?cate... http://cdn1.i3investor.com/my/files/dfgs88n/2001/1... http://timesofindia.indiatimes.com/SEA-Games-close... http://www.kl2001.com/index.html http://www.sadec.com/Sea2001/ http://ww1.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/SE... http://ww1.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/SE... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt...