Pembangunan Sukhoi_Su-33

Pesawat Su-33 membuat penerbangan sulong pada Mei 1985, dan memasuki perkhidmatan dengan Tentera Laut Rusia pada tahun 1994. Rejimen udara yang mengandungi 24 buah pesawat ditubuhkan di atas satu-satunya kapal pengangkut pesawat milik Tentera Laut Rusia, Admiral Kuznetsov.

Semasa ujina, setiap juruterbang melakukan 400 pendaratan di atas landasan konkrit yang menyerupai saiz dan bentuk dek kapal pengangkut, untuk membuat latihan teknik pendaratan tanpa mencetuskan percikan api sebelum membuat pendaratan sebenar di atas dek kapal pengngkut pesawat. Walaupun begitu, terdapat satu kemalangan kecil berlaku semasa membuat latihan touch-and-go. Semasa mendarat, angin bertiup 45 darjah ke arah rasuk kiri dan menyebabkan pesawat prototaip (dikenali sebagai T-10K), yang dipandu oleh Victor Pugachev, diseret sejauh 3 meter landasan dan hampir menyebabkan kemalangan. Setelah pesawat dibawa keluar dari landasan, pemeriksaan mendapati penyokong giar pendaratan telah bengkok. Pesawat tidak mengalami sebarang kerosakan lain. [1]

Pendaratan pertama di atas kapal pengangkut pesawat tidak terlepas daripada kemalangan sepertimana yang diharapkan. Penemuan mendapati, walaupun panjang pesawat telah dipendekkan, ia masih terlalu tinggi apabila memasuki pintu hangar, dan pendakap khas dipasang di giar pendaratan untuk merendahkan pesawat ini dan seterusnya dapat memasuki hangar.[1]