Eksport Sukhoi_Su-33

Sebuah akhbar bercirikan peniagaan, Kommersant telah melaporkan pada 23 Oktober 2006[2] bahawa syarikat milik negara Rosoboronexport dalam rundingan terakhir dengan Republik Rakyat China untuk membekalkan sehingga 50 buah pesawat berharga AS$ 2.5 bilion. China pada mulanya akan memperoleh 2 buah pesawat dengan harga AS$100 juta untuk ujian dengan pilihan untuk memiliki tambahan 12-48 buah pesawat. Pesawat-pesawat ini dijangka akan digunakan dalam program kapal pengangkut pesawat China.

Selepas Pamera Udara Zhuhai ke-6 pada musim luruh tahun 2006, Timbalan Pengarah Pertama Biro Kerjasama Teknologi Ketenteraan, Rusia, Leftenan Jeneral Aleksander Denisov daripada Tentera Udara Rusia mengesahkan pada sidang akhbar bahawa China telah bertanya pada Rusia akan kemungkinan pembelian pesawat Su-33. Rundingan telah bermula pada tahun 2007. Berita Agensi Xinhua kemudiannya telah melaporkan maklumat ini di laman web internet ketenteraannya pada 1 November, 2006 dan ini merupakan satu-satunya pengakuan rasmi kerajaan China yang diketahui berkenaan hal ini. Walaupun begitu, kedua-dua Jeneral Rusia dan pemberita China tidak memberi maklumat lanjut samada perjanjian ini merupakan pembelian terus, pemasangan yang dilesenkan atau pemindahan teknologi, tetapi hanya menyatakan bahawa China merancang untuk "memperkenalkan pesawat Su-33".[perlu rujukan]