Penerangan Sukhoi_Su-33

2 buah pesawat Su-33 sedang bersedia untuk berlepas dari kapal pengangkut pesawat Admiral Kuznetsov. Perhatikan radome yang terletak di antara 2 penstabil menegak. Pesawat Su-33 dengan persenjataan lengkap dan sayap yang dilipat.

Tidak seperti pesawat F-14 Tomcat, pesawat Su-33 direka untuk menggunakan teknik lompatan-ski dan bukannya pelancar semasa berlepas dari pesawat pengangkut pesawat. Pelepasan menggunakan teknik lompatan-ski memberi banyak kelebihan berbanding dengan pelepasan menggunakan pelancar. Bukti yang ketara adalah pelancaran teknik lompatan-ski tidak memberi tekanan kepada kerangka pesawat dan juruterbang, ini bermakna pesawar akan mempunyai berat yang lebih ringan disebabkan kurangnya struktur diperteguhkan yang diperlukan dan mengelakkan kesan G-LOC (kehilangan kesedaran yang disebabkan oleh kesan-G). Dengan menggunakan lompatan-ski, pesawat boleh menggunakan sepenuhnya ciri lepas-bakar lebih awal berbanding dengan pesawat yang menggunakan pelancar. Setelah berada di udara pesawat akan memiliki sudut serangan positif sebagaimana juga kelajuan sudut anggul yang meningkat semasa memecut, juga membantu semasa mendaki. Kaedah ini memerlukan pesawat yang lebih stabil dan boleh dikendalikan di kelajuan rendah. Dari segi keburukannya, pesawat yang menggunakan lompatan-ski tidak boleh dilancarkan pada berat maksimum berlepasnya (melainkan pesawat mempunyai berat maksimum berlepas yang sangat rendah, seperti contoh pesawat BAe Harrier dan keluarganya), jadi samada beban atau jarak tempur akan terjejas sekiranya bersemuka dengan pesawat yang menggunakan pelancar. Pesawat yang besar tidak boleh berlepas dengan menggunakan lompatan-ski sama sekali.

Sirip hadapan pesawat Su-33 telah membantu dalam memendekan jarak berlepas yang diperlukan dan meningkatkan tahap manuvernya, tetapi proses reka bentuk semula pada pinggir depan yang telah dipanjangkan. Ia juga bertindak sebagai penstabil semasa dalam penerbangan supersonik. Luas sayap juga dibesarkan, walaupun panjangnya tidak berubah. Sayap dipasangkan dengan pelipat dibantu-kuasa, dan ekor menegaknya dipendekkan untuk memudahkan pesawat disimpan dalam ruang hangar pesawat yang sesak di dalam kapal pengangkut pesawat. Radome belakang dipendekkan dan direka semula untuk membolehkan cangkuk-ekor dipasang, juga untuk menjimatkan ruang di dalam hangar. Alat IRST dialih untuk memberi penglihatan pandang ke bawah yang lebih baik dan pemasangan prob pengisi minyak boleh tarik berbentuk-L untuk meningkatkan jarak operasi.

Pesawat Su-33 boleh membawa pelbagai peluru berpandu seperti Kh-25MP, Kh-31 dan H-41. Pesawat ini boleh digunakan untuk operasi pada waktu siang ataupun malam di laut. Ia boleh dioperasikan dengan bantuan pusat kawalan kapal, atau, atau daripada helikopter amaran awal Kamov Ka-31 (versi bagi Ka-27). Peluru berpandu R-27EM boleh membantu pesawat ini untuk memintas peluru berpandu anti-kapal musuh.

Selain daripada tugas pertahanan udara, tugas-tugas lain bagi pesawat Su-33 termasuk memusnahkan kapal selam, pesawat AWACS, dan pesawat pengangkut musuh, serangan anti-kapal, bantuan semasa pendaratan pasukan amfibia, pengiring, membuat tinjauan dan memasang periuk api.