Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi [1][2][3][4][5][γ][δ] (
Tulisan Jawi: بڬيندا المتوكل على الله سلطان إسكندر ابن المرحوم سلطان اسماعيل الخالدي; - hayat 8 April 1932 - 22 Januari 2010) merupakan
Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan mulai 26 April 1984 hingga 25 April 1989.
[ε] Baginda mewarisi takhta ayahandanya
Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim untuk menjadi
Sultan Johor ke-24 berikutan kemangkatan ayahandanya pada tahun 1981. Pemerintahan Sultan Iskandar berlangsung selama hampir 29 tahun sehingga kemangkatannya pada 22 Januari 2010, di mana ia digantikan oleh anakanda sulungnya, Sultan Ibrahim. Anakandanya telah berkahwin dengan rumah kerajaan Malaysia yang berbeza. Anak sulung Baginda, Tunku Kamariah, Tengku Puan Laksamana, berkahwin dengan Tengku Laksamana dari Selangor, Tengku Sulaiman Shah. Anak pengganti dan sulungnya, Sultan Ibrahim berkahwin dengan Keluarga Diraja Perak dengan berkahwin dengan
Raja Zarith Sofiah. Anak perempuannya, Tunku Azizah berkahwin dengan pewaris Pahang, Tengku Abdullah. Anak lelakinya, Tunku Abdul Majid berkahwin dengan seorang anggota Keluarga Diraja Kedah, Tunku Teh Mazni.Seperti nendanya
Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar,
[6] kebebasan buah fikiran Sultan Iskandar adakalanya menimbulkan ketegangan hubungan dengan kerajaan persekutuan Malaysia, lebih-lebih lagi ketika bertakhta Yang di-Pertuan Agong,
[7] ketika baginda sendiri terlibat dalam beberapa peristiwa yang menarik perhatian awam.
[8] Meskipun demikian, Sultan Iskandar terkenal kerana keprihatinan baginda terhadap rakyat jelata, dan daripada itu disanjung tinggi oleh ramai, khususnya orang Melayu dan
Orang Asli.
[9]Sultan Iskandar juga digeruni sebagai pendisiplin tegas yang sanggup meluahkan pendapat peribadi mengenai perihal kerajaan. Dari segi peribadi, rakyat taklukan yang pernah menghadap Sultan Iskandar pada akhir hayat baginda menyifatkan baginda sebagai insan yang ramah mesra
[10] dan pemurah.
[11] Bagaimanapun, suatu ketika ada pihak yang mendapati Sultan Iskandar bersifat panas baran,
[12][13] dengan merujuk kepada catatan peristiwa pahit sepanjang hayat baginda,
[14] termasuk dilucutkan pangkat Tunku Mahkota oleh ayahandanya pada tahun 1961, di samping beberapa tindakan jenayah yang dikatakan berlaku dari 1970-an hingga 1990-an yang tersiar dalam akhbar sehingga memarahkan orang awam.
[15][16]Sewaktu muda dahulu, Tunku Iskandar lebih dikenali dengan nama beriannya iaitu "Mahmud"
[17][18][γ] atau nama penuhnya "Mahmud Iskandar". Sungguhpun nama "Mahmud" itu tidak dipakai lagi semenjak baginda naik takhta pada tahun 1981,
[19][ζ] namun sesetengah pihak masih memanggil nama penuh "Mahmud Iskandar" sekali-sekala.
[20]