Pengagihan Susu

Botol susu kaca yang digunakan bagi penghantaran rumah ke rumah

Disebabkan sifat susu yang mudah rosak, pengagihan pantas diperlukan. Susu dahulunya dihantar oleh penghantar susu, tetapi kini ia tidak lagi secara ekonomik. Kini ia boleh diperolehi secara didinginkan di kedai runcit dan kedai seumpama dengannya.

Sebelum penggunaan plastik yang meluas, susu biasanya diagihkan kepada pengguna dalam botol kaca. Di United Kingdom, susu masih dihantar setiap hari oleh penghantar yang sering membuat penghantaran dengan menggunakan kereta eletrik, walaupun ini semakin berkurangan disebabkan harga susu yang lebih murah terdapat di pasar raya. Di New Zealand disesetengah kawasan bandar, susu masih dihantar ke rumah pengguna.

Bekas kaca semakin kurang masa kini. Kebanyakan orang membeli susu dalam jag plastik atau bekas kertas berlilin. Sinar ultraungu daripada lampu kalimantang (fluorescent lamp) mampu memusnahkan sebahagian protein dalam susu, jadi banyak syarikat yang pernah mengedar susu dalam bekas plastik jernih atau lut sinar kini beralih kepada bahan yang lebih tebal yang menghalang pancaran merbahaya. Ramai orang berpendapat bahawa susu yang dilindungi daripada sinaran ungu (UV protected) rasanya lebih sedap.

Di Amerika Syarikat, susu biasanya dijual dalam bekas plastik keras atau kadboard berlilin bersaiz gelen, 1/2 gelen dan 1/4 gelen. Saiz satu hidangan Amerika Syarikat, biasanya separuh-pint. Di kebanyakan tempat di Kanada, susu biasanya dijual dalam bag plastik 1 1/3 liter (dijual sebagai 4 liter dalam 3 bag), sementara karton 2 liter, 1 liter, 500 mililiter, dan 250 mililiter juga ada. Di Eropah, saiz metrik 500 mililiter, 1 liter (paling biasa), 2 liter dan 3 liter biasa terdapat (di UK, sesetengah kedai masih mempunyai saiz setara dengan saiz Imperial lama: 568 ml (1 pint), 1.136 l (2 pint), 2.273 l (4 pint), atau jarang-jarang sekali gabungan keduanya saiz metrik dan saiz imperial, seperti pilihan 568 ml, 1 l, 2 l dan 3 l bekas).

Susu pekat, kebanyakkan diedarkan dalam tin logam dan susu tepung diedarkan dalam kotak atau berbentuk beg aluminium.

Rujukan

WikiPedia: Susu http://www.drafthorsejournal.com/features/horsesus... http://www.havemilk.com/article.asp?id=1485#conten... http://www.straightdope.com/columns/030321.html http://www.theglobeandmail.com/servlet/ArticleNews... http://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/calciu... http://www.iom.edu/Object.File/Master/7/294/0.pdf http://www.ncbi.nlm.nih.gov/entrez/query.fcgi?cmd=... http://www.ncbi.nlm.nih.gov/entrez/query.fcgi?cmd=... http://www.ncbi.nlm.nih.gov/entrez/query.fcgi?cmd=... http://www.ars.usda.gov/is/AR/archive/mar03/osteo0...