Kerjaya Syafiq_Farhain

Syafiq memulakan kerjayanya menjadi penyanyi apabila beliau aktif menyanyi menggunakan aplikasi Smule. sejak hujung tahun 2016. Antara nyanyian 'cover' Syafiq iaitu lagu MIMPI YANG PULANG, LUHUR, WARISAN dan BINTANG.

Selain bergelar penyanyi solo, beliau juga adalah vokalis kepada kumpulan muzik 'Fire Fingers JDT' yang dianggotai oleh beberapa anggota bomba yang lain. Kumpulan ini aktif menerima undangan untuk majlis-majlis berkaitan bomba, termasuk acara korporat dan kenduri kahwin.

Syafiq juga merupakan ahli bomba di Balai Bomba Dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Putrajaya. Beliau juga pernah berkhidmat di Balai Bomba Dan Penyelamat, Tebrau, Johor.

Persembahan Big Stage

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Persembahan dan keputusan Big Stage 2018
KonsertLaguPenyanyi asalKeputusan
Minggu 1"Sayang Maafkan Aku"Dirinya sendiriTERSELAMAT
Minggu 2"Sambutlah Kasih"LovehuntersTERSELAMAT
Minggu 3"Laksamana Raja Di Laut"

(duet bersama Shiha Zikir)

Iyeth BustamiTERSELAMAT
Minggu 4"Sway"Michael BubleTERSELAMAT
Minggu 5"Bunga"Ara JohariTERSELAMAT
Minggu 6"Mencari Cinta Sejati"Cakra KhanTERSELAMAT
"Drama King"

(duet bersama Baby Shima)

Meet Uncle Hussain & Black HanifahTERSELAMAT
Minggu 7"Kau Lupa Janji"Jamal AbdillahTERSELAMAT
"Joget Angan Tak Sudah"

(duet bersama Hazama)

Jay JayTERSELAMAT
Minggu 8"Antara Hujan dan Air Mata"SudirmanNAIB JUARA
"Aku Jatuh Cinta"Dirinya sendiriNAIB JUARA