Kerjaya Syazwan_Zulkifly

Peranan lakonan profesional Syazwan pertama ialah menerusi watak pembantu sebagai Apek, pesalah juvana dalam siri drama Juvana arahan Faisal Ishak yang bersiaran di Slot Aksi TV3. Drama ini turut dibintangi oleh Zahiril Adzim, Bront Palarae, Beto Kusyairy dan Johan As'ari. Beliau menjayakan kembali wataknya dalam versi filem yang ditayangkan pada 2013. Beliau memegang watak sampingan Muiz dalam drama romantik Soffiya lakonan Tiz Zaqyah.

Syazwan kemudian berlakon bersama Beto, Izreen Azminda, Elfira Loy, Naim Daniel, Shera Aiyob dan Izzue Islam dalam siri drama Astro Ria Jangan Ambil Padang Kami yang mengisahkan perjuangan dan pengembaraan hidup 7 orang kanak-kanak untuk menyelamatkan sebuah padang bola di kawasan flat mereka daripada dibangunkan oleh peneroka. Kembali digandingkan bersama Johan yang memegang watak Irwan Zaid, Syazwan menjayakan watak Kenji dalam drama aksi TV3, Karlos yang mengisahkan perjalanan hidup seorang remaja bernama Irwan Zaid yang sering dipinggirkan di dalam keluarga terutama sekali oleh bapanya sendiri. Syazwan dan Johan menjayakan kembali peranan mereka dalam telefilem khas, Karlos Bolos.[4]

Beliau berlakon di samping Lisa Surihani dan Aaron Aziz dalam filem Suamiku, Encik Perfect 10 arahan Mohd Feroz Abd Kader, memegang watak sebagai Syed Muzaffar; kemudian diikuti oleh peranan sebagai Haris dalam filem Gamatisme arahan Yeop Hitler Zami. Bermula 28 November 2016, Syazwan digandingkan bersama Puteri Aishah dalam siri TV Cinta Roller Coaster di Slot Dahlia TV3.

Rujukan

WikiPedia: Syazwan_Zulkifly http://www.encikshino.com/biodata-syazwan-zulkifly... http://www.imdb.com/name/nm5729705/ http://m.themalaymailonline.com/showbiz/article/al... http://www.bharian.com.my/node/63302?m=1 http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://www.mindorder.com.my/artiste-management/sya... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/trans...