Gelaran Syogun

Istilah sei-i taishōgun bermaksud "jeneral agung yang menakluki orang gasar timur."[1] "Orang gasar timur" ialah salah satu istilah purba bagi pelbagai kumpulan yang tinggal di kawasan timur dan belum tertakluk kepada kerajaan pusat. Di kalangan mereka ialah orang asli, orang Ainu yang pernah mendiami Honshū di samping Hokkaidō.

Minamoto no Yoritomo, shogun pertama bagi Keshogunan Kamakura, merampas kuasa penting daripada golongan bangsawan di Kyoto. Beliau menjadi pemerintah sebenar Jepun dan menerima gelaran sei-i taishōgun. Sesudah itu, ketua-ketua tiga keshogunan berturut-turut menerima gelaran yang sama. Setelah kejatuhan Keshogunan Kamakura, syarat-syarat tertentu telah ditetapkan bagi ketua perang untuk dikurniakan dengan gelaran shogun. Syarat pertama dan paling utama, ketua perang tersebut haruslah berketurunan keluarga Minamoto. Syarat kedua, seluruh Jepun haruslah disatukan di bawah seorang daimyo sahaja. Jika seorang ketua perang menyatukan Jepun, tetapi tidak berketurunan Minamoto, dia akan dikurniakan dengan gelaran Pemangku Raja.