Syogun
Syogun

Syogun

Shōgun (将軍, shōgun)  dengar (bantuan·maklumat) ialah pangkat dalam angkatan tentera dan gelaran bersejarah di Jepun. Pangkat moden yang setara ialah Generalisimo. Sebagai satu gelaran, ia ialah singkatan bagi sei-i taishōgun (征夷大将軍:せいいたいしょうぐん), individu yang memerintah pada zaman-zaman yang berlainan dalam sejarah Jepun, berakhir apabila Tokugawa Yoshinobu melepaskan jawatannya kepada Maharaja Meiji pada tahun 1867.[1]Jawatan dan pentadbiran shogun dikenali sebagai "keshogunan" atau dalam bahasa Jepun sebagai bakufu (幕府:ばくふ) yang secara harfiah bererti "pejabat di dalam khemah", pada asalnya bermaksud "rumah seorang jeneral", dengan demikian bermakna "kerajaan persendirian".[2] Khemah adalah simbolik kepada komander medan perang tetapi juga bermakna bahawa jawatan sebegitu dimaksudkan untuk sementara sahaja.