Sejarah Syogun

Zaman Heian (794–1185)

Rencana utama: Zaman Heian

Pada asalnya, gelaran Seii Taishōgun diberikan kepada komander tentera semasa awal Zaman Heian bagi jangka masa kempen ketenteraan terhadap puak Emishi yang menentang pentadbiran istana Maharaja yang berpusat di Kyoto. Antara yang paling masyhur di kalangan shogun ini ialah Sakanoue no Tamuramaro yang menakluki puak Emishi atas nama Maharaja Kammu. Akhirnya, gelaran tersebut diabaikan pada zaman Heian terkemudian setelah puak Ainu ditakluki atau diusir ke Hokkaido.

Pada zaman Heian terkemudian, lebih daripada seorang shogun yang dilantik. Minamoto no Yoshinaka dinamakan sebagai sei-i taishōgun semasa Perang Gempei terbunuh tidak lama kemudian oleh Minamoto no Yoshitsune.

Keshogunan Kamakura (1192–1333)

Rencana–rencana utama: Keshogunan Kamakura dan Zaman Kamakura

Pada awal kurun ke-11, tanah-tanah feudal dipegang oleh daimyo dan dilindungi oleh samurai yang mendominasi politik dalaman Jepun.[3] Dua buah keluarga yang amat berpengaruh, Taira dan Minamoto, berperang untuk menguasai istana maharaja yang sedang merosot. Keluarga Taira merampas kuasa dari tahun 1160 hingga 1185 tetapi ditewaskan oleh keluarga Minamoto dalam Pertempuran Dan-no-ura. Minamoto no Yoritomo merampas kuasa-kuasa tertentu daripada kerajaan pusat dan golongan aristokrat serta menubuhkan satu sistem feudal yang berpangkalan di Kamakura dengan tentera persendirian, samurai, memperolehi beberapa kuasa politik manakala Maharaja Jepun dan golongan aristokrat di Kyoto kekal sebagai pemerintah de jure. Pada tahun 1192, Yoritomo dikurniakan dengan gelaran Sei-i Taishōgun oleh maharaja dan sistem politik yang dibangunkan beliau dengan pewarisan shogun sebagai ketua menjadi apa yang dikenali sebagai keshogunan.

Keluarga isteri Yoritomo, keluarga Hōjō, merampas kuasa daripada para shogun Kamakura. Apabila anak-anak dan pewaris Yoritomo dibunuh, shogun menjadi boneka turun temurun. Kuasa sebenar berada di tangan pemangku-pemangku Hōjō. Keshogunan Kamakura berlanjutan selama hampir 150 tahun, dari tahun 1192 hingga tahun 1333.

Pada tahun 1274 dan 1281, Empayar Mongol melancarkan serangan terhadap Jepun. Satu cubaan oleh Maharaja Go-Daigo untuk memulihkan kuasa istana pada tahun 1331 gagal, namun telah melemahkan keshogunan dengan nyata sekali dan akhirnya membawa kepada kejatuhannya.[4]

Pemulihan Kemmu (1333–1336)

Rencana utama: Pemulihan Kemmu

Keshogunan Kamakura berakhir apabila Kamakura jatuh pada tahun 1334 dan kerejenan Hōjō dimusnahkan. Berikutan ini, dua buah keluarga, susur galur yang lebih kanan Go-Saga dan susur galur yang lebih rendah Go-Daigo, membuat tuntutan takhta. Masalah tersebut diselesaikan dengan perantaraan Keshogunan Kamakura yang membuatkan kedua-dua belah pihak saling bergilir. Ini berlanjutan sehingga tahun 1331 apabila pihak Go-Daigo enggan bergilir dengan pihak Go-Saga. Akibatnya, pihak Go-Daigo dibuang negeri. Sekitar tahun 1334-1336, Ashikaga Takauji membantu pihak Go-Daigo mendapatkan kembali takhta tersebut. [5]

Perjuangan melawan keshogunan tersebut meninggalkan maharaja baru dengan ramai pihak yang menuntut tanah yang terhad sumber bekalannya. Ashikaga Takauji berpaling tadah menentang maharaja apabila ketidakpuasan hati mengenai pembahagian tanah meningkat tinggi. Pada tahun 1336 maharaja tersebut digulingkan sekali untuk memberi peluang kepada maharaja baru.[5]

Semasa Pemulihan Kemmu, setelah kejatuhan keshogunan Kamakura pada tahun 1333, shogun lain yang berhayat pendek muncul. Putera Moriyoshi, putera Maharaja Go-Daigo, dikurniakan dengan gelaran Sei-i Taishōgun. Bagaimana pun, Putera Moriyoshi kemudiannya diletakkan dalam tahanan rumah dan, pada tahun 1335, dibunuh oleh Ashikaga Tadayoshi.

Keshogunan Ashikaga (1336–1573)

Kubur Ashikaga Takauji
Rencana–rencana utama: Keshogunan Ashikaga dan Muromachi period

Pada tahun 1338 Ashikaga Takauji, seperti Yoritomo yang merupakan keturunan putera-putera Minamoto, telah dikurniakan dengan gelaran sei-i taishōgun dan menubuhkan Keshogunan Ashikaga yang berlanjutan sehingga tahun 1573. Keluarga Ashikaga mempunyai markas di daerah Muromachi di Kyoto, dan jangka masa pemerintahan mereka dikenali sebagai Zaman Muromachi.

Oda Nobunaga dan keluarga Toyotomi

Rencana–rencana utama: Zaman Sengoku dan Zaman Azuchi-Momoyama

Dua orang daimyo sengoku yang berpengaruh Oda Nobunaga dan Toyotomi Hideyoshi tidak pernah menerima gelaran sei-i taishōgun. Walaupun kedua-dua orang petualang ketenteraan ini tidak berjaya untuk menubuhkan dinasti baru shogun, mereka berada pada saat yang genting dalam sejarah Jepun. Kejayaan mereka membuka jalan kepada keamanan relatif era Tokugawa. Meski pun begitu, orang Barat tersalah anggap mereka sebagai shogun,[perlu rujukan] mereka sebenarnya bukanlah shogun sama sekali.

Nobunaga pernah ditawarkan dengan gelaran tersebut tetapi dia meninggal dunia sebelum sempat menerimanya. [6][7] Hideyoshi dilantik sebagai kampaku yang merupakan pangkat tertinggi yang dicalonkan oleh keluarga maharaja.[8]

Keshogunan Tokugawa (1603–1867)

Tokugawa Ieyasu
Rencana utama: Keshogunan Tokugawa

Tokugawa Ieyasu merampas kuasa dan menubuhkan sebuah kerajaan di Edo (kini dikenali sebagai Tokyo) pada tahun 1600. Dia menerima gelaran sei-i taishōgun pada tahun 1603 setelah dia memalsukan salasilah keluarga untuk menunjukkan dia adalah daripada keturunan Minamoto. Keshogunan Tokugawa berlanjutan sehingga 1867, apabila Tokugawa Yoshinobu meletak jawatan sebagai shogun dan melepaskan kuasanya kepada Maharaja Meiji pada tahun 1867.[1]

Semasa zaman Edo kuasa hakiki berada di tangan shogun-shogun Tokugawa, bukan maharaja di Kyoto, meskipun shogun terhutang kedudukannya kepada maharaja. Shogun memegang dasar luar, ketenteraan dan naungan feudal. Peranan maharaja adalah bersifat istiadat, serupa dengan kedudukan pemerintahan beraja Jepun selepas Perang Dunia Kedua.[9]