TVS (saluran TV)
TVS (saluran TV)

TVS (saluran TV)

TVS (dahulu dikenali sebagai TV Sarawak) ialah sebuah stesen televisyen kendalian Sarawak Media Group (SMG) yang ditujukan khas kepada penduduk Sarawak. Ia dilancarkan pada 10 Oktober 2020, dan kini bersiaran dalam definisi tinggi (HD) melalui satelit TV berbayar Astro dan terestrial percuma myFreeview di saluran 122.[1]TVS boleh ditonton di seluruh negara melalui platform Astro dan myFreeview di saluran 122. Oleh kerana siaran TVS dikendalikan oleh Astro, penonton myFreeview juga dapat menonton iklan Astro dan program Go Shop di saluran TV. Sementara itu, kandungan siaran saluran dikendalikan sepenuhnya oleh Sarawak Media Group sendiri.

TVS (saluran TV)

Negara  Malaysia
Nama dahulu TV Sarawak
Format gambar 1080i HDTV (16:9)
Kawasan siaran  Malaysia
 Singapura
 Brunei
 Thailand (Thailand Selatan)
 Indonesia (Kalimantan dan Riau)
Astro Astro GO
Ibu pejabat No. 1, Jalan Song LG12, Lower Ground Floor, Mall 2, CityOne Megamall Kuching, Sarawak, Malaysia
Bahasa Melayu
Inggeris
Iban
Cina
Indonesia
Turki
Pemilik Sarawak Media Group
Slogan Menginspirasi Duniamu
(We Inspire Your World)
NJOI Saluran 122 (SD)
Laman web tvstv.my
myFreeview Saluran 122 (HD)
Dilancarkan 10 Oktober 2020 (2020-10-10) (Astro)
6 Februari 2021 (2021-02-06) (myFreeview)