Talaat_Pasha
Talaat_Pasha

Talaat_Pasha

Mehmed Talaat (Bahasa Turki Uthmaniyyah: محمد طلعت; Bahasa Turki: Mehmet Talât; 10 April 1874 – 15 Mac 1921), atau juga Talaat Pasha (Bahasa Turki Uthmaniyyah: طلعت پاشا; Bahasa Turki: Talât Paşa), merupakan seorang negarawan dari Empayar Uthmaniyah. Beliau menganggotai Turki Muda malah merupakan salah seorang dari tiga tokoh yang memerintah Empayar Uthmaniyah secara de facto - sebagai Wazir Agung kerajaan tersebut - semasa meletusnya Perang Dunia Pertama.[1]Talaat bertanggungjawab dalam jawatannya sebagai Menteri Dalam Negeri empayar tersebut melaksanakan suatu pembunuhan beramai-ramai terhadap masyarakat bangsa Armenia pada tahun 1915, beliau dijadikan sasaran gerakan nasionalis Armenia sehingga sendiri dibunuh anggota tersebut di Berlin, Jerman.