Biografi Tamar_Jalis

Nama sebenar Tamar Jalis ialah Ahmad Mahmud atau Ahmad @Mohd.Radzi Mahmud.[2][3] Ahmad Mahmud dilahirkan pada 13 September 1940 di Kampung Batu 36, Jalan Sitiawan, Beruas, Perak.Beliau bersekolah di Sekolah Teknik, Ipoh - bidang tukang kayu dan binaan. Kemudian menjadi Juruteknik Rendah di sebuah jabatan kerajaan selama tiga bulan (1959). Seterusnya menjadi buruh kereta api KTMB selama lima hari. Awal tahun 1960, Ahmad Mahmud beralih menjadi buruh kasar membina jana elektrik di Cameron Highland.[perlu rujukan]

1960, beliau menjadi Pemberita Sambilan untuk akhbar Warta Negara, Utusan Melayu, Berita Harian dan beberapa majalah hiburan di Singapura di samping berniaga. Ahmad Mahmud berkhidmat dengan tentera Wataniah (1964-1966). Beliau dilantik sebagai kerani pengedaran di Utusan Melayu, Berhad, cawangan Ipoh (1970-1977).

Apabila berhijrah ke Kuala Lumpur, beliau dilantik sebagai penyunting akhbar Harian Watan (1977-1979). Kemudian sebagai editor majalah terbitan Penerbitan Adabi seperti Widya, Aktual dan Rintis (1980). Pada tahun 1981, Ahmad Mahmud dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Variapop Sdn Bhd yang menerbitkan majalah Variapop, Variasari dan Famili.[perlu rujukan]

Di sebalik nama Tamar Jalis

Seorang lagi penulis yang menggunakan nama 'Tamar Jalis' ialah A Jalil Miran, bekas wartawan tabloid Buletin Rakyat dan Buletin Utama, dikenali dengan cerita seram dan hantu selain sensasi hiburan yang dihasilkannya. Isteri Jalil Miran, Faridah Lah Omar, 46 menyatakan A Jalil Miran telah meninggal dunia pada usia 57 tahun kerana sakit jantung. Jalil Miran turut menulis untuk Variasari dan Variapop dan hal ini diakui sendri oleh Ahmad Mahmud.[4][5]

Nama Tamar Jalis seolah-olah misteri seperti juga nama Tok Awang Ngah. Akan tetapi nama Tok Awang sudah diketahui. Dia adalah Abdul Muluk Daud/ Dharmala N.S. . Bagaimana dengan Tamar Jalis yang juga "seperguruan" dengan Tamar Jalis ? .Mereka berdua pernah mengendalikan majalah Varia Filem, terbitan Variapop, tahun 70-an.

Ramai pembaca tidak tahu siapa latar belakangnya . Masa berubah, sudah tiba masanya nama ini didedahkan untuk mengelakkan kekeliruan. Ahmad Mahmud menggunakan beberapa nama samaran.[perlu rujukan] Antaranya ialah Tamar Jalis , Atma AM dan Ramadan A.M . Tamar Jalis ialah anak jin kafir dan watak ini terdapat dalam Hikayat Inderaputera.

Bakat menulis cerpen

Sejak 1955 beliau telah menulis di Utusan Kanak-kanak dan Tunas. Cerpen dewasanya yang pertama tersiar dalam majalah Mutiara pada tahun 1958 berjudul “Berhari Raya di Kampung”. Cerpen-cerpennya tersiar dalam pelbagai majalah seperti Dewan Bahasa, Dewan Sastera,Dewan Masyarakat , Mastika dan Widya. Akhbar tempatan juga menyiarkan cerpennya, seperti Berita Minggu, Utusan Zaman, Mingguan Malaysia dan Watan.

Beliau pernah menyertai dan menang menerusi Peraduan Menulis Cerpen Berita Harian. Ketika itu beliau mendapat RM300 hasila cerpen tulisannya.Cerpen itu bertajuk 'Kalau dah gila nak berbini', 'Ulam jering sambal tempoyak' dan 'Pencari rotan'.

Cerpen “Menanti Ayah”(1971) dan “Samad Toja” (Mingguan Malaysia, 26 Mei 1974) telah memenangi Hadiah Karya Sastera 1970-an. Cerpen “Samad Toja” termuat dalam Antologi Hadiah Karya Sastera 1974 terbitan DBP(1976) iaitu di halaman 43 hingga 51. Panel Hadiah Karya Sastera(1974) menyatakan b ahawa ceepen “Samad Toja” menceritakan kisah seorang tua yang memegang teguh kepada kepercayaan terhadap kuburan datuknya yang dianggap keramat. Samad Toja sanggup mati kerana mempertahankan kepercayaannya.Cerita diselesaikan secara ironis dengan Samad Toja terselamat sedangkan pemuda yang cuba menyelamatkannya mati menjadi korban di suraunya.

Cerpen “Jaril,Jangan Tinggalkan Emak” (Dewan Bahasa, September 1973),” Paman”(Dewan Sastera, Januari 1977) dan “Cincin Berlian Bermata Dua”(Dewan Sastera,April 1980) dimuatkan oleh Hamzah Hamdani dalam antologi 'Di Bawah Bayang Kemboja' (DBP,1981). Cerpen “Paman” termuat dalam antologi 'Suatu Subuh Yang Bening' selenggaraan Othman Puteh dan Ramli Isin (Fajar Bakti - 1980an). Antologi ini menjadi teks kesusasteraan Melayu peringkat SPM 1980-an.