Akses Tanah_Tinggi_Cameron

Pengangkutan persendirian

Sebelum tahun 1990, laluan tunggal untuk ke Cameron Highlands adalah melalui jalan FT59 yang bermula di Tapah, Perak dan disambung kepada Lebuhraya Utara-Selatan melalui Persimpangan Tapah (EXIT 132). Ini merupakan laluan terawal yang dibina bagi menghubungkan Cameron Highlands dari negeri Perak[19].

Pada tahun 2004, laluan baru dibuka iaitu jalan FT185 yang menghubungkan Simpang Pulai sehingga ke bahagian utara Cameron Highlands[20] dan ke Gua Musang di Kelantan melalui laluan Gua Musang - Cameron Highland. Laluan FT185 ini kemudian berakhir di Kampung Kuala Jenderis di Hulu Terengganu menerusi Lebuhraya Timur-Barat Kedua.

Pada tahun 2010, laluan ketiga untuk ke Cameron Highlands telah dibuka iaitu jalan FT102 yang menghubungkan Ringlet ke FELDA Sungai Koyan, berdekatan Kuala Lipis, Pahang. Laluan FT102 merupakan laluan yang terletak di negeri Pahang secara keseluruhannya, berbanding dua laluan terdahulu yang merentasi dua buah negeri.

Pengangkutan awam

Terdapat beberapa perkhidmatan bas ekspres yang menyediakan laluan dari beberapa bandar utama ke Cameron Highlands. Kuala Lipis merupakan bandar terdekat bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan kereta api KTM.

Rujukan

WikiPedia: Tanah_Tinggi_Cameron http://www.accuweather.com/en/my/cameron-highlands... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/struktur... http://youth.bernama.com/v2/news.php?id=1349885 http://travel.cnn.com/malaysia-travel-cameron-high... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... //lccn.loc.gov/2009944204 http://worldweather.wmo.int/020/c00076.htm http://www.sinarharian.com.my/semasa/usaha-pastika... http://www.utusan.com.my/rencana/william-cameron-p... http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/alam-seki...