Geografi Tanah_Tinggi_Cameron

Gunung Batu Brinchang:. Terdapat stesen radio dan televisyen di puncak gunung ini.

Cameron Highlands terletak di bahagian Banjaran Titiwangsa yang merupakan tulang belakang bagi kawasan Semenanjung Malaysia. Ketinggiannya berubah-ubah mengikut lokasi di antara 1 070 meter sehingga 2 031 meter dari paras laut.

Terdapat lapan gunung di Cameron Highlands. Gunung Batu Brinchang (2,031 meter), Gunung Berembun (1,840 meter), Gunung Irau (2,091 meter) yang merupakan puncak tertinggi di kawasan Cameron Highlands[21], Gunung Jasar (1,696 meter), Gunung Mentigi (1,563 meter), Gunung Perdah (1,576 meter) dan Gunung Siku (1,916 meter). Gunung Swettenham (1,961 meter) pula terletak di atas sempadan negeri Kelantan. Di puncak Gunung Batu Brinchang pula, terdapat stesen radio dan televisyen dan stesen pemerhatian setinggi 15 meter[22]. Terdapat juga hutan yang dipenuhi lumut yang dikenali sebagai Mossy Forest berdekatan gunung ini.

Cameron Highlands juga menjadi lokasi bagi 126 buah sungai dan anak sungai[23]. Sungai utama adalah Sungai Bertam[24], Sungai Telom dan Sungai Lemoi. Lokasi sungai-sungai ini yang terletak di kawasan tanah tinggi berfungsi sebagai kawasan tadahan air bagi Sungai Pahang dan Sungai Perak. Secara keseluruhannya, kebanyakkan tempat di Cameron Highlands masih lagi dipenuhi hutan belantara (dianggarkan 71% kawasan dilitupi hutan). Banyak laluan hutan dibuka yang menawarkan pemandangan hutan yang menarik, air terjun serta perkampungan orang asli. Kebanyakkan laluan hutan ini bermula di Tanah Rata.

Rujukan

WikiPedia: Tanah_Tinggi_Cameron http://www.accuweather.com/en/my/cameron-highlands... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/struktur... http://youth.bernama.com/v2/news.php?id=1349885 http://travel.cnn.com/malaysia-travel-cameron-high... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... //lccn.loc.gov/2009944204 http://worldweather.wmo.int/020/c00076.htm http://www.sinarharian.com.my/semasa/usaha-pastika... http://www.utusan.com.my/rencana/william-cameron-p... http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/alam-seki...