Geografi Tanzania

Rencana utama: Geografi Tanzania

Tanzania ialah negara ke-13 terbesar di Afrika serta negara ke-31 terbesar dunia daripada segi keluasan dengan jumlah keluasan 947,303 kilometer persegi.[20]

Negara ini bersempadan dengan negara-negara berikut:

Di kawasan timur, Tanzania bersempadan dengan Lautan Hindi dengan anggaran panjang pesisir (Pesisir Swahili) sebanyak 1,424 km.[21] Kawasan ini menempatkan Kepulauan Zanzibar.

Gunung Kilimanjaro dengan ketinggian 5,895 meter ialah gunung tertinggi Tanzania serta Afrika. Titik terendah Afrika, dasar Tasik Tanganyika pada kerendahan 1,471 di bawah paras laut juga berada di Tanzania.[22]

Kawasan utara Tanzania adalah agak bergunung-ganang, dan menempatkan Gunung Kilimanjaro, Gunung Meru, sebuah gunung berapi aktif, dan banjaran-banjaran Usambara dan Pare. Kawasan di tengah-tengah Tanzania ialah sebahagian daripada Penara Afrika Timur. Kawasan tanah rendah boleh ditemui di kawasan timur Tanzania.

Tanzania memiliki iklim tropika, tetapi berbeza mengikut bentuk muka bumi kawasan. Kawasan utara dan timur Tanzania memiliki dua musim tengkujuh, iaitu musim tengkujuh pendek, Vuli dari Oktober hingga Disember, dan musim tengkujuh panjang, Masika dari Mac hingga Mei. Kawasan-kawasan lain di Tanzania memiliki musim tengkujuh tunggal dari Oktober hingga April atau Mei.[23]

Rujukan

WikiPedia: Tanzania http://africanhistory.about.com/od/biography/a/bio... http://adsabs.harvard.edu/abs/1978Sci...201.1085S http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17830304 http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... //doi.org/10.1126%2Fscience.201.4361.1085 http://www.fao.org/docrep/009/a0477e/a0477e13.htm http://isni.org/isni/0000000121586299 http://www.nbs.go.tz/nbs/takwimu/Statistical_Metho... http://www.nbs.go.tz/takwimu/references/Tanzania_i...