Demografi Tanzania

Rencana utama: Demografi Tanzania

Menurut bancian 2012, jumlah penduduk Tanzania ialah 44,928,923 orang,[26] manakala golongan penduduk berumur kurang daripada 15 tahun merangkumi 44.1% jumlah penduduk Tanzania.[27] Dar es Salaam, dengan jumlah penduduk sebanyak 4,364,541 orang ialah bandar terbesar Tanzania.[26] Dodoma pula ialah ibu kota Tanzania secara de jure.

Masyarakat Tanzania terdiri daripada kira-kira 125 kumpulan etnik. Kira-kira 99% daripada penduduk Tanzania ialah golongan keturunan Afrika dan selebihnya ialah golongan Arab, Eropah dan Asia.[28]

Bahasa

Rencana utama: Bahasa di Tanzania

Bahasa-bahasa rasmi Tanzania ialah bahasa Swahili dan bahasa Inggeris secara de facto.[29] Bahasa Arab juga diiktiraf secara rasmi di Zanzibar. Namun, tiada bahasa rasmi yang diiktiraf secara de jure di negara ini.[30]

Masyarakat Tanzania menutur dalam lebih daripada 100 buah bahasa, menjadikan negara ini paling pelbagai daripada segi pertuturan di Afrika Timur. Bahasa-bahasa di Tanzania lazimnya tergolong dalam rumpun-rumpun bahasa Bantu, Kush, Nil dan Khoisan.[31]

Rujukan

WikiPedia: Tanzania http://africanhistory.about.com/od/biography/a/bio... http://adsabs.harvard.edu/abs/1978Sci...201.1085S http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17830304 http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... //doi.org/10.1126%2Fscience.201.4361.1085 http://www.fao.org/docrep/009/a0477e/a0477e13.htm http://isni.org/isni/0000000121586299 http://www.nbs.go.tz/nbs/takwimu/Statistical_Metho... http://www.nbs.go.tz/takwimu/references/Tanzania_i...