Prasarana Tanzania

Pendidikan

Rencana utama: Pendidikan di Tanzania

Pendidikan di Tanzania adalah wajib hingga berusia 15 tahun.[32] Anggaran peratusan celik huruf bagi penduduk Tanzania yang berusia 15 tahun dan lebih ialah 67.8% pada 2012.[33]

Pendidikan rendah di Tanzania menggunakan bahasa Swahili, manakala pendidikan menengah pula menggunakan bahasa Inggeris. Secara umumnya, pendidikan di Tanzania terbahagi kepada sistem awam dan sistem swasta. Namun begitu, sekolah-sekolah swasta di Tanzania adalah sedikit, mahal dan menggunakan bahasa Inggeris.[34]

Telekomunikasi

Setakat 2011, Tanzania memiliki 56 pelanggan telefon bimbit per 100 penghuni, sedikit melebihi purata Afrika Sub-Sahara. Kira-kira 12% penduduk Tanzania memiliki capaian Internet setakat 2011, tetapi berkembang dengan pesat. Tanzania memiliki jaringan gentian optik yang menggantikan sistem satelit, tetapi lebar jalur Internet masih berada pada tahap yang rendah.[22]

Rujukan

WikiPedia: Tanzania http://africanhistory.about.com/od/biography/a/bio... http://adsabs.harvard.edu/abs/1978Sci...201.1085S http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17830304 http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... //doi.org/10.1126%2Fscience.201.4361.1085 http://www.fao.org/docrep/009/a0477e/a0477e13.htm http://isni.org/isni/0000000121586299 http://www.nbs.go.tz/nbs/takwimu/Statistical_Metho... http://www.nbs.go.tz/takwimu/references/Tanzania_i...