Kerjaya Tasha_Shilla

Pada usia 12 tahun, Tasha Shilla memulakan kerjaya lakonannya pada 1999, menerusi peranan kecil dalam sitkom ntv7, Spanar Jaya. Enam tahun kemudian, pada 2005, beliau menjadi salah seorang peserta pertandingan Dewi Remaja 2005/06 yang juga disertai oleh Scha Al-Yahya dan Izreen Azminda. Tasha membuat penampilan filem pertama menerusi peranan kecil dalam filem KL Menjerit 1 arahan Bade Hj. Azmi.[2]

Beliau muncul sebagai salah seorang peserta pertandingan ratu cantik dalam filem Ratu The Movie arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen dan filem Klip 3GP. Pada tahun 2013, Tasha mempunyai peranan utama dalam drama gabungan Malaysia dan Brunei, Erna Shuraya terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Radio Televisyen Brunei (RTB).[3]

Tasha memegang watak utama sebagai Ain Zulaikha dalam melodrama Tabir Zulaikha, berpasangan bersama Aiman Hakim Ridza di mana ia memerlukan Tasha bermain biola.[4][5] Pada Februari 2017, beliau dilantik sebagai jurucakap produk kecantikan antarabangsa, SK-II setelah dinamakan sebagai Top Malaysia's Beauty Circle 2017.[6]

Rujukan

WikiPedia: Tasha_Shilla http://www.astroawani.com/berita-hiburan/tasha-shi... http://www.budiey.com/drama-bersiri-tabir-zulaikha... http://www.budiey.com/drana-erna-shuraya-lakonan-t... http://www.budiey.com/goyang-shafiq-jom-pi-cuti-la... http://www.budiey.com/tasha-shila-dalam-telemovie-... http://www.gempak.com/artikel/1435/tasha-shilla-ak... http://www.gempak.com/artikel/1522/gempak-supersta... http://www.imdb.com/name/nm4799469/ http://selebritionline.com/atas-nama-cinta-cinta-t... http://www.star2.com/people/2017/04/14/tasha-shill...