Penerangan Tempoh_Bosan_Bilion_Tahun

Pada tahun 1995, ahli geologi Roger Buick, Davis Des Marais dan Andrew Knoll mengkaji kekurangan jelas dari segi peristiwa-peristiwa biologi, geologi, dan iklim semasa era Mesoproterozoik pada lingkungan masa 1.6 sehingga 1 bilion tahun dahulu (Ga), maka disebabkan itulah mereka menggambarkan tempoh masa tersebut sebagai "tempoh masa yang paling membosankan dalam sejarah Bumi".[2] Istilah "Boring Billion" dicipta oleh ahli paleontologi Martin Brasier untuk merujuk kepada masa antara kira-kira 2 dan 1 Ga yang bercirikan ketidakaktifan geokimia dan ketidakaktifan pengglasieran.[3] Pada tahun 2013, ahli geokimia Grant Young menggunakan istilah "Billion Barren" untuk merujuk kepada tempoh ketidakaktifan peristiwa pengglasieran yang jelas dan kekurangan ekskursi isotop karbon sewaktu tempoh masa 1.8 hingga 0.8 Ga.[4] Pada tahun 2014, ahli geologi Peter Cawood dan Chris Hawkesworth memanggil masa antara 1.7 dan 0.75 Ga "Zaman Pertengahan Bumi" kerana kekurangan bukti pergerakan tektonik.[5]

Tempoh Bosan Bilion Tahun kini sebahagian besarnya ditakrifkan sebagai jangkauan masa kira-kira 1.8 hingga 0.8 Ga pada eon Proterozoik atau secara khususnya pada era Mesoproterozoik. Tempoh ini bercirikan kepegunan aktiviti dari segi geologi, iklim, dan evolusi dengan kelimpahan nutrien yang rendah.[6][4][7][8]

Sebelum berlakunya Tempoh Bosan Bilion Tahun, Bumi mengalami Peristiwa Pengoksigenan Besar yang disebabkan oleh evolusi sianobakteria berfotosintesis oksigen sehingga terhasilnya pengglasieran Huron (Bumi Bola Salji), pembentukan lapisan ozon yang menyekat UV, dan pengoksidaan beberapa jenis logam.[9] Tahap oksigen semasa Tempoh Bosan Bilion Tahun dianggap lebih rendah berbanding semasa Peristiwa Pengoksidaan Besar, mungkin 0.1% hingga 10% berbanding tahap moden.[9][10] Tempoh masa ini berakhir dengan pecahnya superbenua Rodinia semasa tempoh Tonos (1000–720 Ma) yang merupakan peristiwa pengoksigenan kedua, serta satu lagi peristiwa Bumi Bola Salji dalam tempoh Kriogen.[5][11]

Rujukan

WikiPedia: Tempoh_Bosan_Bilion_Tahun https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC58496... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC15787... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2018NatSR...8.44... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/1995ChGeo.123..1... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2013GeoFr...4..2... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2014Geo....42..5... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2013GeoFr...4..6... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2019AcGlS..93R..... https://doi.org/10.1038%2Fs41598-018-22695-x https://doi.org/10.1016%2F0009-2541(95)00049-R