Tempoh_Bosan_Bilion_Tahun

Tempoh Bosan Bilion Tahun juga dikenali sebagai Tempoh Pertengahan Eon Proterozoik dan Zaman Pertengahan Bumi merupakan suatu tempoh masa antara 1.8 dan 0.8 bilion tahun dahulu (Ga) yang merangkumi julat waktu pada pertengahan eon Proterozoik. Tempoh masa ini bercirikan kestabilan tektonik, kepegunan dari segi perubahn iklim, dan evolusi biologi yang perlahan. Tempoh masa ini bersempadan dengan peristiwa pengoksigenan dan peristiwa pengglasieran yang berbeza, tetapi Tempoh Bosan Bilion Tahun itu sendiri mempunyai tahap oksigen yang sangat rendah dan tiada bukti berlakunya pengglasieran.Lautan pada ketika itu mungkin amat kekurangan oksigen dan nutrien serta bersulfida (euksinia), malahan dihuni oleh utamanya bakteria-bakteria ungu beranoksigen. Bakteria tersebut merupakan sejenis bakteria berfotosintesis berasaskan klorofil yang menggunakan hidrogen sulfida (H2S) berbanding menggunakan air dan menghasilkan gas sulfur berbanding menghasilkan gas oksigen. Proses tersebut menyebabkan pembentukan lautan Canfield yang merubah warnanya menjadi firus kehitaman atau kekelabuan berbanding warna lautan yang biasa kita lihat hari ini iaitu biru atau hijau. (Sebaliknya, semasa fasa Bumi Ungu yang lebih awal fotosintesis bakteria pada ketika itu adalah berasaskan retinaldehid.)Walaupun keadaan persekitaran Bumi pada ketika itu agak buruk, organisma eukariot mungkin telah berevolusi sekitar permulaan Tempoh Bosan Bilion Tahun serta mengadaptasi terhadap beberapa penyesuaian baharu seperti penambahan pelbagai organel, pemultiselan, mungkin juga pengwujudan pembiakan seksual, dan akhir sekali pempelbagaian spesies menjadi tumbuhan, haiwan dan kulat pada akhir tempoh tersebut.[1] Perkembangan sedemikian mungkin menjadi pelopor penting kepada evolusi kehidupan yang besar dan kompleks kemudian pada tempoh Ediakara dan eon Fanerozoik. Tidak kurang juga dengan sianobakteria berprokariot adalah bentuk kehidupan yang dominan pada masa ini, dan berkemungkinan menyokong siratan makanan yang rendah tenaga dengan hanya sebilangan kecil organisma protista sahaja berada pada tahap pemangsa puncak. Daratan di Bumi pada ketika itu berkemungkinan didiami oleh sianobakteria berprokariot serta kulampair bereukariot. Di antara dua organisma yang menghuni daratan Bumi, organisma yang kedua itu lebih berjaya mungkin disebabkan oleh ketersediaan nutrien yang lebih besar berbanding di kawasan perairan lautan melepasi pantai.

Rujukan

WikiPedia: Tempoh_Bosan_Bilion_Tahun https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC58496... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC15787... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2018NatSR...8.44... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/1995ChGeo.123..1... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2013GeoFr...4..2... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2014Geo....42..5... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2013GeoFr...4..6... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2019AcGlS..93R..... https://doi.org/10.1038%2Fs41598-018-22695-x https://doi.org/10.1016%2F0009-2541(95)00049-R