Tempoh Bosan Bilion Tahun juga dikenali sebagai
Tempoh Pertengahan Eon Proterozoik dan
Zaman Pertengahan Bumi merupakan suatu tempoh masa antara 1.8 dan 0.8 bilion tahun dahulu (Ga) yang merangkumi julat waktu pada pertengahan
eon Proterozoik. Tempoh masa ini bercirikan kestabilan tektonik, kepegunan dari segi perubahn
iklim, dan
evolusi biologi yang perlahan. Tempoh masa ini bersempadan dengan peristiwa pengoksigenan dan peristiwa pengglasieran yang berbeza, tetapi Tempoh Bosan Bilion Tahun itu sendiri mempunyai tahap oksigen yang sangat rendah dan tiada bukti berlakunya
pengglasieran.Lautan pada ketika itu mungkin amat kekurangan oksigen dan nutrien serta bersulfida (euksinia), malahan dihuni oleh utamanya bakteria-bakteria ungu beranoksigen. Bakteria tersebut merupakan sejenis bakteria berfotosintesis berasaskan klorofil yang menggunakan
hidrogen sulfida (H2S) berbanding menggunakan
air dan menghasilkan gas
sulfur berbanding menghasilkan gas
oksigen. Proses tersebut menyebabkan pembentukan lautan Canfield yang merubah warnanya menjadi firus kehitaman atau kekelabuan berbanding warna lautan yang biasa kita lihat hari ini iaitu biru atau hijau. (Sebaliknya, semasa fasa
Bumi Ungu yang lebih awal fotosintesis bakteria pada ketika itu adalah berasaskan retinaldehid.)Walaupun keadaan persekitaran Bumi pada ketika itu agak buruk, organisma
eukariot mungkin telah berevolusi sekitar permulaan Tempoh Bosan Bilion Tahun serta mengadaptasi terhadap beberapa penyesuaian baharu seperti penambahan pelbagai
organel, pemultiselan, mungkin juga pengwujudan
pembiakan seksual, dan akhir sekali pempelbagaian spesies menjadi
tumbuhan,
haiwan dan
kulat pada akhir tempoh tersebut.
[1] Perkembangan sedemikian mungkin menjadi pelopor penting kepada evolusi kehidupan yang besar dan kompleks kemudian pada tempoh
Ediakara dan eon
Fanerozoik. Tidak kurang juga dengan sianobakteria
berprokariot adalah bentuk kehidupan yang dominan pada masa ini, dan berkemungkinan menyokong
siratan makanan yang rendah tenaga dengan hanya sebilangan kecil organisma
protista sahaja berada pada
tahap pemangsa puncak. Daratan di Bumi pada ketika itu berkemungkinan didiami oleh sianobakteria berprokariot serta
kulampair bereukariot. Di antara dua organisma yang menghuni daratan Bumi, organisma yang kedua itu lebih berjaya mungkin disebabkan oleh ketersediaan nutrien yang lebih besar berbanding di kawasan perairan lautan melepasi pantai.