Tentera Laut Diraja Malaysia
Tentera Laut Diraja Malaysia

Tentera Laut Diraja Malaysia

Tentera Laut Diraja Malaysia (Tulisan Jawi: تنترا لاوت دراج مليسيا) atau lebih dikenali dengan singkatannya, TLDM, merupakan salah satu cabang Angkatan Tentera Malaysia dan agensi utama yang bertanggungjawab ke atas operasi pengawasan dan pertahanan maritim negara. Penguasaan TLDM meliputi 603, 210 kilometer persegi, (hampir dua kali ganda keluasan daratan Malaysia, 329, 860 km persegi) merangkumi kawasan pesisiran dan zon ekonomi eksklusif milik negara tersebut. TLDM juga memikul tanggungjawab mengawal Laluan Perhubungan Laut (bahasa Inggeris: Sea Lines of Communications, SLOC) utama negara seperti Selat Melaka dan Selat Singapura. TLDM turut mengawasi kepentingan negara di kawasan-kawasan yang mempunyai tuntutan bertindih seperti di perairan Spratly. Kehadiran TLDM dapat dilihat di peringkat antarabangsa dalam operasi konvoi yang berterusan di Teluk Aden. Dari segi kekuatan kelengkapan dan keanggotaan, TLDM mempunyai keupayaan yang dikira setanding dengan kebanyakkan negara-negara ASEAN dan mempunyai tentera laut yang ketiga terbesar di dalam gabungan ini. Dengan kekuatan konvensional yang sederhana, TLDM masih masih memerlukan penambahan platform dan kapal-kapal lain untuk beroperasi pada tahap terbaik. Hanya dengan pemodenan berterusan akan memastikan TLDM terus kekal sebagai satu angkatan yang seimbang dan berteknologi tinggi.

Tentera Laut Diraja Malaysia

Moto Sedia Berkorban
Panglima Pemerintahan Armada Barat Laksamana Madya Dato' Aris Adi Tan bin Abdullah TLDM
Saiz 15,000 anggota
Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Datuk Mohd Reza bin Tan Sri Mohd Sany TLDM
Pertempuran Perang Dunia Kedua
Darurat
Konfrontasi Indonesia-Malaysia
Jenis Tentera laut
Sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
Garison/HQ Markas Tentera Laut, Kementerian Pertahanan (Markas Armada, Lumut, Perak)
Negara Malaysia
Panglima Pemerintahan Armada Timur Laksamana Muda Dato' Pahlawan Syed Zahrul Putra bin Syed Abdullah TLDM
Simbolpengenalan
Kesetiaan SPB Yang di-Pertuan Agong
Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Khairul Anuar bin Yahya TLDM
Aktif 27 April 1934 - sekarang
Peringatan 27 April 1934

Rujukan

WikiPedia: Tentera Laut Diraja Malaysia http://www.bernama.com/bernama/v3/printable.php?id... http://tldm.blogspot.com/ http://defence-data.com/f2006/pagefa1093.htm http://www.janes.com/extract/jni2001/jni0362.html http://www.malayviral.com/2016/09/senarai-pangkat-... http://www.naval-technology.com/projects/lekiu/ http://www.spacewar.com/reports/DCNS_Delivers_Firs... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.... http://www.lima.com.my/news_navalforces.php http://www.tempur.com.my/dcp.news.view.asp?newsID=...