Tentera_Darat_India
Tentera_Darat_India

Tentera_Darat_India

Tentera Darat India (Hindi: Bhāratīya Thala Sēnā) adalah cabang peperangan darat dan merupakan komponen terbesar dalam Angkatan Tentera India. Presiden India ialah Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata India,[6] dan Tentera Darat diperintah oleh Ketua Turus Tentera Darat (COAS), yang berpangkat Jeneral empat bintang. Dua orang pegawai telah dianugerahkan pangkat Fil Marsyal, sejenis pangkat lima bintang, iaitu gelaran beristiadat yang tertinggi. Tentera Darat India berasal daripada tentera Syarikat Hindia Timur Inggeris, yang kemudiannya menjadi Tentera India British, dan tentera negeri-negeri bangsawan, yang akhirnya menjadi tentera darat nasional selepas kemerdekaan. Unit-unit dan rejimen Tentera Darat India mempunyai sejarah yang pelbagai dan telah terlibat dalam beberapa pertempuran dan kempen di serata dunia, mendapat banyak penghormatan kancah perang sebelum dan selepas Kemerdekaan.[7]Misi utama Tentera Darat India ialah memastikan keselamatan negara dan perpaduan nasional, mempertahankan negara daripada pencerobohan luar dan ancaman dari dalam, dan mengekalkan keamanan dan keselamatan dalam sempadannya. Ia menjalankan operasi menyelamat kemanusiaan semasa bencana alam dan gangguan lain, seperti Operasi Surya Hope, dan juga boleh diminta oleh kerajaan untuk mengatasi ancaman dalaman. Ia merupakan komponen utama kuasa nasional bersama Tentera Laut India dan Tentera Udara India.[8] Tentera Darat telah terlibat dalam empat peperangan dengan negara jiran Pakistan dan sekali dengan negara China. Operasi utama lain yang dilakukan oleh pihak tentera darat termasuklah: Operasi Vijay, Operasi Meghdoot dan Operasi Cactus. Selain daripada konflik, pihak tentera darat telah menjalankan eksesais besar masa aman seperti Operasi Brasstacks dan Eksesais Shoorveer, dan ia juga menjadi peserta aktif dalam banyak misi pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu seperti di: Cyprus, Lebanon, Congo, Angola, Kemboja, Vietnam, Namibia, El Salvador, Liberia, Mozambique, South Sudan dan Somalia.Tentera Darat India menggunakan sistem rejimental, tetapi secara operasi dan secara geografi dibahagikan kepada tujuh markas pemerintahan, dengan formasi asas tempur adalah divisyen. Ia adalah pasukan sukarelawan dan terdiri daripada 80% anggota tentera aktif. Ia merupakan tentera darat tetap ke-2 terbesar di dunia, dengan 1,237,117[9][10] askar aktif dan 960,000 askar simpanan.[11][12] Pihak Tentera Darat telah memulakan program pemodenan infantri yang dikenali sebagai Futuristic Infantry Soldier As a System (F-INSAS), dan juga menaik taraf dan memperoleh aset-aset baru bagi cawangan udara, armor, dan artileri.[13][14][15]

Tentera_Darat_India

Ketua Turus Tentera Darat (COAS) Jeneral Bipin Rawat, PVSM, UYSM, AVSM, YSM, SM, VSM, ADC[4]
Sebahagian daripada Angkatan Tentera India
Naib Ketua Turus Tentera Darat (VCOAS) Leftenan Jeneral Manoj Mukund Naravane, PVSM, AVSM, SM, VSM[5]
Penyerang HAL Rudra, HAL LCH
Bendera
Warna Emas, merah dan hitam
            
Markas New Delhi
Peringatan Hari Tentera Darat: 15 Januari
Helikopter HAL Dhruv, HAL Chetak, HAL Cheetah, Kamov Ka-226
Pemerintah Tertinggi Presiden Ram Nath Kovind
Komanderterkenal Fil Marsyal K. M. Cariappa, OBE
Fil Marsyal Sam Manekshaw, MC
Jeneral K. S. Thimayya, DSO
Laman web indianarmy.nic.in
Peranan Peperangan darat
Saiz 1,237,117 anggota aktif[1]
960,000 askar simpanan[2]
209 pesawat[3]
Moto "Service Before Self"
Negara  India
Ditibuhkan pada 1 April 1895; 124 tahun yang lalu (1895-04-01)
Jenis Tentera darat

Rujukan

WikiPedia: Tentera_Darat_India http://www.defencenow.com/news/611/indias-military... http://www.news18.com/news/india/20-sailor-shortag... http://www.indiastrategic.in/topstories482.htm http://indianarmy.nic.in/ http://indianarmy.nic.in/Site/FormTemplete/frmTemp... http://indianarmy.nic.in/indianarmydoctrine_1.doc http://presidentofindia.nic.in/about.htm http://www.globalsecurity.org/military/world/india... https://www.amazon.com/Indian-Army-After-Independe... https://www.flightglobal.com/asset/26019/waf2014/