Tentera_Darat_Prusia
Tentera_Darat_Prusia

Tentera_Darat_Prusia

Perang Tujuh Tahun
Perang Warisan Bavaria
Perang Revolusi PerancisPerang NapoleonTentera Darat Diraja Prusia (Bahasa Jerman: Königlich Preußische Armee) bertindak sebagai tentera darat Kerajaan Prusia. Ia menjadi penting kepada pembangunan Brandenburg-Prusia sebagai sebuah kuasa Eropah.Tentera Darat Prusia berasal dari teras pasukan askar upahan Brandenburg semasa Perang Tiga Puluh Tahun dari 1618-1648. Putera Frederick William membangunkan ia menjadi sebuah tentera tetap berdaya maju, manakala Raja Frederick William I dari Prusia secara mendadak meningkatkan saiz dan memperbaikkan doktrinnya. Raja Frederick Agung, seorang komander perang yang hebat, memimpin askar-askar Prusia yang berdisiplin sehingga menang semasa Perang Silesia abad ke-18 dan banyak meningkatkan martabat Kerajaan Prusia.Tentera Prusia menjadi lapuk oleh permulaan Perang Napoleon, dan Perancis mengalahkan Prusia dalam Perang Perikatan Keempat. Walaubagaimanapun, dibawah kepimpinan Gerhard von Scharnhorst, puak reformis Prusia mula memodenkan Tentera Darat Prusia, yang banyak menyumbang kepada kekalahan Napoleon Bonaparte semasa Perang Perikatan Keenam. Puak konservatif menghentikan beberapa pembaharuan, namun, dan Tentera Darat Prusia kemudiannya menjadi benteng kepada kerajaan konservatif Prusia.Pada abad ke-19 Tentera Darat Prusia berjuang dengan jayanya terhadap Denmark, Austria dan Perancis, membolehkan Prusia menyatukan Jerman dan menubuhkan Empayar Jerman pada tahun 1871. Tentera Darat Prusia membentuk teras Tentera Darat Imperial Jerman, yang kemudiannya digantikan oleh Reichswehr selepas Perang Dunia I.

Tentera_Darat_Prusia