Sejarah Tentera_Laut_Argentina

Kurun ke-19

Laksamana William Brown, pengasas Tentera Laut Argentina.

Tentera Laut Argentina telah ditubuhkan selepas peristiwa Revolusi Mei yang terjadi pada 25 Mei 25, 1810, yang mana mencetus perang untuk kemerdekaan dariapda Sepanyol. Pasukan tentera laut pada mulanya ditubuhkan untuk membantu Manuel Belgrano dalam kempen Paraguay, tetapi ia kemudian dikaramkan oleh kapal-kapal daripada Montevideo, dan tidak menyertai konflik tersebut. Konflik baharu dengan Montevideo mengakibatkan penubuhan armada kedua, yang mana terlibat dalam penawanan kota ini. Oleh kerana Buenos Aires mempunyai sejarah maritim yang sedikit, ramai anggota tentera laut datang daripada negara-negara lain, seperti laksamana kelahiran Ireland William Brown, yang mengetuai operasi. Oleh kerana kos untuk menyelenggara sebuah tentera laut terlalu tinggi, kebanyakan pasukan tentera laut Argentina terdiri daripada para privatir.

Brown mengetuai tentera laut Argentina dalam konflik laut selanjutnya iaitu perang ke atas Brazil dan sekatan England-Perancis ke atas Río de la Plata.

Pada tahun 1870-an, Tentera Laut Argentina memulakan proses pemodenan. Pada akhir kurun, ia terdiri daripada:

Antara kapal-kapal paling berkuasa pada masa ini termasuk kapal buatan Itali iaitu Garibaldi dan kapal-kapal selepasnya: General Belgrano, Pueyrredón, dan San Martín, setiap sebuah dengan berat lebih 6,000 tan. Tiga buah kapal ironclad yang lebih lama, Almirante Brown, Independencia, dan Libertad yang berusia sejak tahun 1880-an hingga awal tahun 1890-an.[6]

Kapal-kapal tentera laut banyak dibina di Itali, Britain, Perancis dan Sepanyol, dan dioperasikan oleh lebih 600 orang pegawai dan 7,760 kelasi. Mereka disokong oleh sebuah batalion infantri marin dan sebuah bateri artileri.[7]

Kurun ke-20

Kapal tempur kelas-Rivadavia semasa pembinaan di A.S untuk Tentera Laut Argentina. Foto diambil pada tahun 1912. Dua buah kapal dari kelas ini memasuki perkhimatan antara tahun 1914–1915 dan digunakan sehingga tahun 1956.

Argentina kekal berkecuali dalam kedua-dua perang dunia. Pada tahun 1940, Tentera Laut Argentina berada pada kedudukan ke-8 dari segi angkatan laut terkuat di dunia (selepas kuasa-kuasa Eropah, Jepun, dan Amerika Syarikat) dan terbesar di Amerika Latin. Sebuah program 10-tahun pembangunan bernilai $60 juta telah menghasilkan satu pasukan berkuatan 14,500 kelasi dan lebih 1000 orang pegawai. Armadanya termasuk dua buah kapal tempur kelas-Rivadavia buatan Amerika pada era Perang Dunia I (tetapi telah dimodenkan), tiga buah penjajap moden, sedozen pemusnah buatan Britain, dan tiga buah kapal selam, selain kapal penabur periuk api, penyapu ranjau, pertahanan pantai dan bot-bot bersenjata. Sebuah pasukan penerbangan udara juga dioperasikan.[8]

Selepas zaman perang, unit-unit penerbangan laut dan marin diletakkan secara terus di bawah markas tentera laut. Selain Brazil, Argentina merupakan salah sebuah negara Amerika selatan yang menggunakan dua buah kapal pengangkut pesawat: ARA Independencia dan ARA Veinticinco de Mayo.

Secara tradisinya, Tentera Laut Argentina banyak terlibat dalam perlindungan perikanan, membantu Pengawal Pantai Argentina: paling diingati pada tahun 1966, sebuah kapal pemusnah telah menembak dan melubangkan sebuah kapal tunda Soviet yang enggan diiringi ke Mar del Plata, pada tahun 1970-an empat kejadian sama dengan kapal-kapal Soviet dan Bulgaria[9] diikuti oleh peristiwa-peristiwa lain seperti penenggelaman Chian-der 3.[10][11][12]

Tentera laut juga terlibat dalam kesemua rampasan kuasa tentera di Argentina sepanjang kurun ke-20. Semasa kediktatoran 1976 hingga 1983, anggota tentera laut telah terlibat dalam Perang Kotor di mana beribu-ribu orang telah diculik, didera dan dibunuh oleh pasukan junta tentera. The Sekolah Mekanik Tentera Laut yang dikenali sebagai ESMA, menjadi sebuah pusat deraan kejam. Antara mangsa mereka yang dikenali ramai adalah remaja Sweden, Dagmar Hagelin, dan rahib wanita Perancis Alice Domon dan Léonie Duquet (pada Oktober 2007, Tentera Laut Argentina menyerahkan sekolah ini kepada kumpulan hak asasi manusia untuk dijadikan sebuah muzium peringatan).[petikan diperlukan]

Semasa pemerintahan rejim ini, tentera laut juga merupakan penyokong utama menggunakan penyelesaian ketenteraan bagi dua buah pertikaian paling lama : Konflik Beagle dengan Chile dan Kepulauan Falklands (Bahasa Sepanyol: Islas Malvinas) dengan United Kingdom.[petikan diperlukan]

Perang Falklands

Rencana utama: Perang Falklands

Semasa tahun konflik Falklands 1982 (dikenali oleh orang Argentina sebagai Guerra de las Malvinas / Guerra del Atlántico Sur), armada utama tentera laut Argentina terdiri daripada kapal-kapal era-Perang Dunia II yang dimodenkan (sebuah kapal selam jenis GUPPY, sebuah kapal pengangkut pesawat kelas-Colossus buatan Britain, sebuah penjajap, dan empat buah pemusnah), dan kapal-kapal baharu: dua buah pemusnah Type 42, tiga buah korvet buatan Perancis, dan sebuah kapal selam Type 209 buatan Jerman. Armada ini disokong oleh beberapa buah kapal tangki dan angkut ELMA, selain sebuah kapal pemecah ais dan sebuah kapal pangangkut kutub.

Super Étendard, pelantar Exocet.

Kapal pemusnah baharu MEKO buatan Jerman, korvet dan Thyssen-Nordseewerke (kapal selam Type TR-1700) masih dalam pembinaan pada waktu ini.

Meskipun mengetuai serangan ke atas Kepulauan Falkland, dalam kedua-dua aspek strategik dan taktikal; armada Argentina hanya memainkan peranan yang kecil dalam konflik menentang Tentera Laut Diraja. Selepas HMS Conqueror menenggelamkan ARA General Belgrano, armada permukaan Argentina tidak meronda lebih daripada 12-batu (22.2 km) had pantai yang dikenakan oleh Britain di sebabkan ancaman yang diberikan oleh kapal selam berkuasa nuklear (SSN) Tentera Laut Diraja.

Sumbangan Tentera Laut Argentina dalam perang ini disumbangkan oleh serbuan awal amfibia pada 2 dan 3 April; pesawat Super Étendard milik penerbangan laut dilengkapi dengan peluru berpandu Exocet, yang mana menenggelamkan Sheffield dan Atlantic Conveyor; Skyhawk pula menenggelamkan HMS Ardent (F184); manakala pasukan Marin, dengan Batalion ke-5 Kor Marin mempertahankan Gunung Tumbledown. Selain itu, pembinasa Type 42 ARA Santísima Trinidad, yang beroperasi di luar pantai Pulau Staten, memainkan peranan penting dalam memusnahkan kapal pendarat Britain Sir Galahad pada 8 Jun,[13]; sebuah bateri Exocet yang terletak di darat iaitu di luar Pelabuhan Stanley membuat tembakan tepat pada HMS Glamorgan pada 11 Jun; dan sebuah Tigercat SAM[petikan diperlukan] milik Kor Marin mengakibatkan pesawat Harrier (XW 919) milik Tentera Udara Diraja tidak dapat beraksi pada 12 Jun.[14]Pasukan Penerbangan Tentera Laut juga melaksanakan rondaan maritim secara intensif untuk menjejak armada Britain untuk mencari pesawat penyerang dan kapal selam Britain bagi menjejak helikopter anti kapal selam Sea King, sementara pesawat pengangkut Lockheed L-188 Electra dan Fokker F-28 Fellowship mengukuhkan garison Pelabuhan Stanley dan mengeluarkan mereka yang cedera.

Kapal selam ARA San Luis juga memainkan peranan strategik. Ia hampir berjaya menenggelamkan frigat HMS Arrow pada 10 Mei,[15] meskipun ia tidak berjaya menembaknya. Kapal selam ARA Santa Fe, selepas berjaya dalam satu misi bekalan semula, telah diserang dan dilumpuhkan di luar pantai Georgia Selatan, di mana anak kapalnya kemudian menyerah diri bersama-sama dengan sebuah detasmen Argentina di Grytviken. Ia kemudian dikaramkan oleh Britain.

Aftermath of the Falklands war

ARA Almirante Brown pembinasa kelas Meko 360.

Teras armada diperbaharui dengan pembersaraan kesemua kapal-kapal era Perang Dunia II, pembinasa kelas-Fletcher dan Gearing dan mengantikannya dengan kelas-kelas MEKO 360 dan 140 yang dibina oleh limbungan kapal Jemran Blohm + Voss.

Armada kapal selam Argentina juga diperkukuhkan dengan kemasukkan kelas Thyssen-Nordseewerke (TR-1700). Meskipun program asal terdiri dari enam buah kapal selam dengan empat buah kapal terakhir akan dibina di Argentina, hanya dua buah kapal selam pertama yang dibina di Jerman yang berjaya disiapkan dan diserahkan.

Armada amfibia pula secara drastik terkesan dengan pembersaraan satu-satunya kapal pendaratan LST ARA Cabo San Antonio dan digantikan oleh sebuah kapal kargo yang diubahsuai, ARA Bahía San Blas. Situasi ini diperbaiki pada tahun 2006 dengan penghantaran sebuah kapal buatan Perancis LPD dok pelantar mendarat kelas-Ouragan tetapi seluruh operasi kemudian digantung oleh kerajaan Argentina ekoran kebimbangan terhadap asbestos. Pada tahun 2010, Perancis telah menawarkan Foudre (L9011).[16]

Sebuah frigat peluru berpandu A.S dan pesawat rondaan maritim Argentina membuat operasi bersama di Panama.

Perancis juga memindahkan Durance (A629), kini ARA Patagonia (B-1), kapal bekalan multi-produk (AOR).

Pada tahun 1988, penggunaan pesawat A-4 Skyhawk telah dihentikan, menjadikan Super Étendard sebagai satu-satunya pesawat pejuang dalam inventori tentera laut. Pesawat A-4H yang telah dibeli dan dibayar sepenuhnya daripada Israel sebagai pesawat penganti tidak dapat diserahkan di sebabkan sekatan yang dikenakan oleh A.S selepas perang. IAI telah menggunakan wang ini untuk membaik pulih pesawat S-2E Trackers ke variasi S-2T Turbo Tracker yang kini masih digunakan.

Pada tahun 1990-an, sekatan ini ditarik balik dan Lockheed L-188 Electra (pesawat awam dan diubahsuai pada rondaan patrol akhirnya dibersarakan dan digantikan dengan pesawat P-3B Orion dan Beechcraft King Air Model 200 kepada variasi rondaan maritim.

Pada tahun 2000, kapal pengangkut pesawat ARA Veinticinco de Mayo telah dilucut tauliah tanpa diganti, walaubagaimanapun tentera laut masih mengekalkan kumpulan udaranya yang terdiri dari pesawat Super Étendard jets dan S-2 Tracker yang secara rutin dioperasikan daripada kapal pengangkut pesawat Tentera Laut Brazil, São PauloARAEX video atau kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat apabila mereka singgah di selatan Atlantik semasa manuver Gringo-Gaucho.

Perang Teluk dan tahun 1990-an

Argentina merupakan satu-satunya negara Amerika Latin yang menyertai Perang Teluk 1991, dengan menghantar sebuah kapal pemusnah dan sebuah korvet pada atur gerak pertama. Ia kemudian menghantar sebuah kapal bekalan dan sebuah korvet lagi untuk menyertai usaha sekatan dan kawalan laut oleh PBB di teluk ini. Operación Alfil ("Bahasa Inggeris: Operasi [Chess] Bishop"), sepertimana yang dikenali telah melaksanakan lebih 700 kali pemintasan dan berlayar 25,000 batu di medan operasi.[petikan diperlukan]

Bermula pada tahun 1990 hingga 1992, bot peronda kelas-Baradero telah digerakkan di bawah mandat PBB, ONUCA ke Teluk Fonseca di Amerika Tengah.[17] Pada tahun 1994, tiga buah korvet kelas-Drummond menyertai Operasi Uphold Democracy di Haiti.[18]

Kurun ke-21

Pada tahun 2003, buat pertama kali Tentera Laut Argentina (dikelaskan sebagai sebuah sekutu bukan NATO utama) beroperasi secara bersama dengan kumpulan tempur Tentera Laut A.S apabila kapal pembinasa ARA Sarandí (D-13) menyertai Kumpulan Tempur Pengangkut Pesawat USS Enterprise dan Skuadron Pembinasa 18 dalam Latihan Solid Step dalam perjalanan mereka ke Laut Mediterranean.[petikan diperlukan]

Pada tahun 2010, pembinaan empat buah kapal peronda luar pantai seberat 1,800 tan telah diumumkan,[19] tetapi tidak pernah dimulakan. Juga pada bulan Mei 2010, Menteri Pertahanan Nilda Garre telah mengumumkan bahawa tentera laut akan terus kerja-kerja pada sebuah sistem yang akan membolehkan ia melancarkan peluru berpandu Exocet daripada pesawat P-3 Orion. Tambahan lagi, pembiayaan pembangunan dan pembinaan sebuah sistem pertahanan laut pantai mungkin akan berpandukan pada peluru berpandu Exocet menyerupai sistem Excalibur.[Penjelasan diperlukan]

Pada Oktober 2012, kapal latihan tentera laut ARA Libertad telah dirampas atas arahan mahkamah Ghana oleh para pemiutang ekoran krisis hutang Argentina pada tahun 2002.[20]Pada 15 Disember 2012, Tribunal Antarabangsa untuk Undang-undang Laut PBB memutuskan secara sebelah pihak bahawa kapal ini memiliki immuniti sebagai sebuah kapal tentera, dan memerintahkan bahawa "Ghana harus membebaskan frigat ARA Libertad serta merta dan tanpa syarat"[21][22] Empat hari kemudian Libertad telah dibebaskan daripada Tema dan tiba di pelabuhan Mar del Plata pada 9 Januari 2013.[23]

Tentera Laut Argentina mengalami kekurangan dana dan bergelut untuk memenuhi keperluan penyelenggaraan dan latihan; akibatnya hanya 15 daripada 42 buah kapalnya berada dalam keadaan mampu belayar.[petikan diperlukan]Templat:When? Belanjawan pertahanan 2013 membolehkan 15 buah kapal ini menghabiskan kurang daripada 11 hari di laut, sementara kapal selamnya secara purata lebih sedikit daripada 6 jam menyelam bagi sepanjang tahun 2012.[24] ARA Espora menghabiskan 73 hari pada akhir tahun 2012 terkandas di Afrika Selatan ekoran kekurangan alat ganti. Pembinasa kelas-Almirante Brown juga kekurangan alat ganti manakala plurunya tamat tempot, sementara kapal peronda Antartik ARA Almirante Irizar telah dibaiki selama 10 tahun di sebabkan satu kebakaran.[24] Pada 23 Januari 2013, pembinasa Type 42 ARA Santísima Trinidad karam di mana ia ditambat selepas berada dalam simpanan selama 10 tahun.[25]

Tentera Laut Argentina menyertai latihan bersama dengan tentera laut negara sekutu lain termasuk Brazil, Amerika Syarikat, Sepanyol, Perancis, Kanada, Afrika Selatan,[26] Itali, Uruguay, dan sejak tahun 1990-an, Chile. Latihan ini dilakukan secara rutin untuk membangunkan sebuah doktrin operasi bersama. Setiap tahun, Tentera Laut Argentina dan Chile terlibat dalam Patrulla Antártica Naval Combinada (Bahasa Inggeris: Rondaan Laut Antartik Bersama) bagi menjamin keselamatan semua kapal pelancong dan saintifik yang dalam perjalanan ke Semenanjung Antartik, di mana tentera laut juga secara langsung bertanggungjawab untuk mengekalkan pangkalan-pangkalan Argentina di sana.[petikan diperlukan]

Pada 15 November 2017, ARA San Juan (S-42) gagal berkomunikasi dalam satu transit rutin ke pelabuhan selepas menyertai sebuah latihan tentera. Satu pencarian telah dilancarkan oleh ISMERLO, bagaimanapun selepas 15 hari mencari Tentera Laut Argentina mengistiharkan operasi menyelamat dihentikan, dan akan memfokuskan pada pencarian kapal selam dan bukannya anak kapal. 44 orang anggota berada di dalam kapal selam semasa ia hilang.[27] Maklumat terakhir yang dibuat oleh ahli kongres Argentina menyatakan bahawa presiden Mauricio Macri dan menteri pertahanan beliau mempunyai tanggungjawab politik atas apa yang terjadi terhadap ARA San Juan[28].