Tentera_Laut_Brazil
Tentera_Laut_Brazil

Tentera_Laut_Brazil

Tentera Laut Brazil (Bahasa Portugis: Marinha do Brasil) merupakan cabang tentera laut bagi Brazil dan sebahagian daripada komponen Angkatan Tentera Brazil. Ia merupakan tentera laut terbesar di Amerika Latin, dengan sebuah kapal pengangkut pesawat seberat 27,307-tan, iaitu NAe São Paulo (dahulunya FS Foch bekas Tentera Laut Perancis), beberapa kapal frigat buatan Amerika Syarikat dan Britain, sebilangan kecil kapal korvet binaan tempatan, kapal selam pantai berkuasa diesel-elektrik dan banyak lagi kapal peronda pantai dan sungai.Tentera Laut Brazil juga mengandungi Kor Marin Brazil (Corpo de Fuzileiros Navais). Kor Marin terdiri daripada sebuah briged operasi dan beberapa batalion pengawal dan tugas istiadat. Kekuatan Kor Marin dianggarkan kira-kira 14,600 Marin (2004). Terdapat juga cabang Penerbangan Laut, dengan kira-kira 1,150 anggota. Keseluruhannya, terdapat kira-kira 60,000 anggota di dalam Tentera Laut Brazil.[3]Brazil telah memperuntukan hampir AS$500 juta bagi menghasilkan sistem pendorongan berkuasa nuklear buatan tempatan untuk kegunaan kapal selam dalam masa lapan tahun akan datang. Projek ini diuruskan oleh Tentera Laut Brazil.[4]

Tentera_Laut_Brazil

Penaung Marquis of Tamandaré
Aktif 1822 - kini
Sebahagian daripada Kementerian Pertahanan
Perintah Tentera Laut
Naval Ensign[2]
Komander Tentera Laut ADM Júlio Soares de Moura Neto
Cawangan Angkatan Tentera Brazil
Penyerang McDonnell Douglas A-4 Skyhawk
Warna Biru & Putih         
Pertempuran
Ibu pejabat Brasília/DF
Helikopter SH-3 Sea King, AS-332 Super Puma, Super Lynx, Esquilo, Bell Jet Ranger, SH-60 Seahawk
Naval Jack
Saiz 60,000 anggota tetap[1]
95 kapal, 111 pesawat
Negara Brazil
Kawat Cisne Branco
Ketua Komander Luiz Inácio Lula da Silva
Jenis Tentera laut