Jenis Tepung_beras

Dalam bahasa Jepun, tepung beras dipanggil komeko (米粉) dan boleh didapati dua bentuk: pulut dan bukan pulut.[1] Beras pulut juga dikenali sebagai beras manis, tetapi walaupun namanya begitu, ia tidalah manis ataupun tidak mengandungi gluten;[2]tetapi menggambarkan kelekitan nasi semasa ia dimasak. Jenis bukan pulut dipanggil jōshinko (上新粉) diperbuat daripada beras bijian pendek dan digunakan terutamanya untuk membuat kuih.[3] Mochigomeko (もち米粉, atau mochiko untuk pendek) dihasilkan dari kisaran beras pulut (もち米, mochigome) masak dan digunakan untuk membuat mochi atau sebagai pemekat sos.[3] Satu lagi jenis dipanggil shiratamako (白玉粉) dihasilkan dari kisaran beras pulut mentah dan sering digunakan untuk menghasilkan kuih.[3]

Dalam bahasa Cina ia dipanggil mifen (Bahasa Cina: 米粉; pinyin: mǐ fěn), galapong dalam Ilokano/Filipina, dan pirinç unu dalam bahasa Turki.

mochi