The Hunger Games: Mockingjay – Part 1
The Hunger Games: Mockingjay – Part 1

The Hunger Games: Mockingjay – Part 1

The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 ialah sebuah filem sains fiksyen distopia perang Amerika Syarikat 2014 diarahkan oleh Francis Lawrence dengan lakon layar oleh Peter Craig dan Danny Strong. Ia merupakan filem pertama daripada dua filem berdasarkan novel Mockingjay, buku terakhir trilogi The Hunger Games, ditulis oleh Suzanne Collins dan filem ketiga dalam siri filem The Hunger Games, diterbitkan oleh Nina Jacobson dan Jon Kilik dan diedarkan oleh Lionsgate. Filem ini menampilkan barisan pelakon yang terdiri daripada Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth, Woody Harrelson, Elizabeth Banks, Julianne Moore, Philip Seymour Hoffman, Jeffrey Wright, Stanley Tucci dan Donald Sutherland. Fotografi utama untuk kedua-dua bahagian filem ini bermula pada 23 September 2013 di Atlanta sebelum berpindah ke Paris selama dua minggu untuk penggambaran dan secara rasminya selesai pada 20 Jun 2014 di Berlin.[6]Filem ini terus mengikuti Katniss Everdeen; selepas dua kali terselamat dalam The Hunger Games, Katniss dibawa ke Daerah 13. Dibawah pimpinan Presiden Coin dan nasihat daripada rakannya yang dipercayai, Katniss dengan berat hati menjadi simbol pemberontakan besar-besaran terhadap Capitol dan berlawan untuk menyelamatkan Peeta dan negara Panem tergerak dengan keberaniannya. Fotografi utama untuk kedua-dua bahagian filem bermula pada 23 September 2013 di Atlanta sebelum berpindah ke Paris untuk dua minggu pengambaran dan secara rasminya tamat pada 20 Jun 2014 di Berlin.[7] Ia merupakan sekuel kepada The Hunger Games: Catching Fire dan disusuli dengan The Hunger Games: Mockingjay – Part 2.Part 1 ditayangkan pada 19 November 2014 di Brazil, 20 November 2014 di Malaysia, United Kingdom, Greece dan Indonesia, 21 November 2014 di Amerika Syarikat, 28 November 2014 di India dan 8 Februari 2015 di China. Seperti filem sebelumnya, filem ini mencapai kejayaan komersial dengan mengutip $55 juta semasa hari pembukaan. Filem ini mengutip $752 juta di seluruh dunia, menjadikan ia filem dengan kutipan kedua tertinggi dalam siri The Hunger Games.Mockingjay – Part 1 menerima ulasan sederhana positif daripada pengkritik yang memuji persembahan lakonan dan subteks politik tetapi menerima kritikan kerana kekurangan babak aksi dan kerana membahagikan novel ini kepada dua adaptasi berasingan. Ia merupakan filem Hunger Games dengan rating kedua terendah menurut laman web Rotten Tomatoes. Filem ini mendapat pencalonan kategori Filem Sains Fiksyen Terbaik di Anugerah Zuhal ke-41. Untuk lakonan beliau, Lawrence menerima beberapa pencalonan anugerah. Lagu "Yellow Flicker Beat" juga menerima pencalonan kategori Lagu Asal Terbaik di Anugerah Golden Globe ke-72 dan Anugerah Critics' Choice.

The Hunger Games: Mockingjay – Part 1

Perbelanjaan $125 juta[5]
Tempoh tayangan 123 minit[4]
Pengarah Francis Lawrence
Berdasarkan Mockingjay oleh
Suzanne Collins
Penerbit
  • Nina Jacobson
  • Jon Kilik
Bahasa Inggeris
Syarikatpenerbitan
  • Lionsgate
  • Color Force
Disunting oleh
  • Alan Edward Bell
  • Mark Yoshikawa
Pecah panggung $752.1 juta[5]
Dibintangi oleh
Muzik oleh James Newton Howard
Pengedar Lionsgate
Lakon layar oleh
  • Danny Strong
  • Peter Craig
Negara Amerika Syarikat
Mula ditayangkan
  • 10 November 2014 
    (London)
  • 21 November 2014 
    (Amerika Utara)
[1][2][3]
Sinematografi Jo Willems

Rujukan

WikiPedia: The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 http://badassdigest.com/2014/07/13/disney-and-mock... http://boxofficemojo.com/alltime/weekends/ http://boxofficemojo.com/alltime/weekends/month/?m... http://boxofficemojo.com/news/?id=3965&p=.htm http://www.boxofficemojo.com/alltime/domestic.htm http://www.boxofficemojo.com/alltime/weekends/than... http://www.boxofficemojo.com/alltime/weekends/than... http://www.boxofficemojo.com/alltime/world/worldwi... http://www.boxofficemojo.com/franchises/chart/?id=... http://www.boxofficemojo.com/genres/chart/?id=scif...