Penerimaan The_Avengers_(filem_2012)

Box office

The Avengers mencatat $623.4 juta di Amerika Utara dan $895.2 juta di negara-negara lain dengan jumlah seluruh dunia sebanyak $1.518 bilion.[3] Ia menjadi filem dengan kutipan ketiga tertinggi seluruh dunia[64] dan juga filem 2012 dengan kutipan tertinggi. Ia merupakan adaptasi komik dengan kutipan tertinggi, filem adiwira dengan kutipan tertinggi dan filem dengan kutipan tertinggi yang dikeluarkan oleh Walt Disney Studios.[65] Pembukaan seluruh dunia filem iaitu $392.5 juta ialah yang keempat terbesar.[66] The Avengers juga menjadi filem kelima dieedarkan oleh Disney dan kedua belas keseluruhan untuk mengutip lebih $1 bilion. Ia mencatat pencapaian ini dalam masa 19 hari, menyamai rekod Avatar dan Deathly Hallows – Part 2;[67][68][69] ia kemudiannya dipintas oleh Furious 7 pada bulan April 2015.[70] Ia mencatat melebihi kos produksi $220 juta 12 hari selepas tayangan.[71] Ia merupakan produksi Marvel pertama yang mencatat jualan tiket $1 bilion.[72]

Amerika Utara

Filem ini menjadi filem dengan kutipan ketiga tertinggi,[64][73] filem 2012 dengan kutipan tertinggi,[74] filem dengan kutipan tertinggi yang diedarkan oleh Disney,[75] filem adiwira dengan kutipan tertinggi dan filem berdasarkan komik dengan kutipan tertinggi.[3] Ia ditayangkan pada 4 Mei 2012 dalam sekitar 11,800 skrin di 4,349 teater dan mendapat $80.8 juta, menjadikannya pembukaan kedua terbesar dibelakang Deathly Hallows – Part 2.[76][77] Kutipan pada hari jumaat termasuk tayangan tengah malam dengan $18.7 juta merupakan satu rekod untuk filem adiwira[78] (diatasi oleh The Dark Knight Rises).[79] Tanpa kutipan tengah malam, filem ini mendapat kutipan tertinggi hari pembukaan ($62.1 juta), yang telah diatasi oleh Jurassic World ($64.1 juta).[80][81] Secara keseluruhan, ia mencatat $207,438,708 juta untuk pembukaan hujung minggu, mencipta rekod pembukaan hujung minggu, (telah diatasi oleh Jurassic World $208.8 juta pembukaan)[82] .

Luar Amerika Utara

Filem ini menjadi filem dengan kutipan ketiga tertinggi,[83] filem dengan kutipan tertinggi yang diedarkan oleh Disney,[84] filem 2012 dengan kutipan tertinggi,[85] dan filem adiwira dengan kutipan tertinggi.[68] Ia dibuka pada 25 April 2012 di 10 negara, mengutip $17.1 juta.[86] Ia dibuka di 29 lagi negara pada 26 dan 27 April, mengutip $73.1 juta dalam masa tiga hari.[87] Filem ini mencatat rekod hari pembukaan di New Zealand, Malaysia dan Iceland, rekod dalam sehari di Filipina serta kedua-dua rekod dalam sehari dan rekod hari pembukaan di Singapura dan Thailand. Ia juga mencatat kutipan hari pembukaan kedua tertinggi di Australia ($6.2 juta), di belakang Deathly Hallows – Part 2, di Mexico, Filipina dan Vietnam[88][86][87][89][90] .

Penerimaan kritis

Mark Ruffalo ketika pembukaan filem di Toronto.

Laman web Rotten Tomatoes memberikan filem ini rating 92% dengan purata rating 8/10 berdasarkan 315 ulasan. Di Metacritic, filem ini mendapat purata skor 69 daripada 100 berdasarkan 43 ulasan.[91] CinemaScore melaporkan bahawa penonton memberi filem ini gred "A+".[92] Todd McCarthy dari The Hollywood Reporter memberi filem ini ulasan positif.[93] Lakonan beberapa pelakon merupakan topik kerap dalam kritikan. Mark Ruffalo yang melakonkan watak Dr. Bruce Banner/Hulk diterima dengan baik oleh pengulas.

Anugerah

The Avengers menerima pelbagai anugerah dan pencalonan termasuk satu pencalonan Anugerah Akademi untuk Kesan Visual Terbaik dan satu pencalonan Anugerah BAFTA untuk Kesan Visual Istimewa Terbaik.[94][95] Filem ini juga dicalonkan untuk tiga Anugerah Filem Critics' Choice,[96] tiga belas Anugerah People's Choice (menang tiga),[97] sebelas Anugerah Teen Choice (menang dua),[98][99][100] enam Anugerah Zuhal (menang empat),[101] dan enam Anugerah VES (menang dua) serta Anugerah Hugo 2013 untuk Pembentangan Panjang Dramatik Terbaik.[102]

Rujukan

WikiPedia: The_Avengers_(filem_2012) http://www.allrovi.com/movies/movie/v451151 http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601103&si... http://boxofficemojo.com/alltime/days/?page=open&p... http://boxofficemojo.com/alltime/days/?page=single... http://boxofficemojo.com/alltime/domestic.htm http://boxofficemojo.com/alltime/world/?pagenum=1&... http://boxofficemojo.com/alltime/world/worldwideop... http://boxofficemojo.com/intl/weekend/yearly/?yr=2... http://boxofficemojo.com/movies/?id=avengers11.htm http://boxofficemojo.com/news/?id=3437&p=.htm