The_Great_Gatsby

The Great Gatsby ("Gatsby yang Hebat", sila rujuk senarai tajuk terjemahan di bawah) ialah sebuah novel drama bahasa Inggeris tahun 1925 karya F. Scott Fitzgerald. Novel ini berlatar New York dan Long Island selama musim panas tahun 1922 ketika Perang Dunia Pertama baru sahaja tamat dan penduduk Amerika Syarikat menikmati kemakmuran ekonomi yang belum pernah dirasai mereka (dikenali dengan nama Zaman Jazz) sebelum suatu zaman kemelesetan mengambang lalu melumpuhkan masyarakat negara tersebut - ia sendiri menyatakan dalam penceritaannya suatu kritikan terhadap pemujaan materialisme, kemewahan dan keruntuhan moral yang dianggap sudah tidak terkawal dalam kalangan orang zaman itu.Novel ini tidak begitu popular pada awal pencetakannya dengan hanya kurang dari 25,000 salinan yang terjual selama 15 tahun sisa hidup Fitzgerald. Walaupun karya tersebut sudah disadurkan dalam bentuk teater dan filem Hollywood setahun selepas penerbitan ia, ia lama kelamaan dilupakan sepanjang Zaman Kemelesetan dan Perang Dunia Kedua. , Novel ini mula laris tinggi selepas diterbit ulang pada tahun 1945 dan 1953 sehingga menjadi antara novel tersohor di Amerika Amerika Syarikat. Kisah dalam novel ini sekarang merupakan bacaan piawai dalam pelajaran kesusasteraan Amerika pada sekolah menengah atas dan universiti di seluruh dunia.

Rujukan

WikiPedia: The_Great_Gatsby http://gutenberg.net.au/ebooks02/0200041.txt http://www.iupress.indiana.edu/product_info.php?pr... http://www.archive.org/details/storiesoffscottf030... http://www.brtom.org/gg/ggind1.html //www.worldcat.org/issn/1559-3002 http://www.litfix.co.uk/fitzgerald/onlinetexts/gat... https://books.google.com/books?id=0yfauGsKOjAC&pg=... https://books.google.com/books?id=adjCx-wnhWsC&lpg... https://books.google.com/books?id=eEIfKVeIOEcC&lpg... https://books.google.com/books?id=ga07kW8soU8C&lpg...