Pemasaran The_Hunger_Games:_Mockingjay_–_Part_1

Pada 14 Mei 2014, TheHungerGamesExclusive.com telah dilancarkan. Ia mengandungi tiga gambar dari filem ini, memaparkan Woody Harrelson, Julianne Moore, Philip Seymour Hoffman dan Jeffrey Wright dengan tambahan gambar di belakang tabir pengarah, Francis Lawrence dan Mahershala Ali. Laman web ini juga memaparkan kandungan lain, termasuk imej GIF singkat Julianne Moore sebagai Presiden Coin dan video temubual bersama Moore. Terdapat juga temu bual mendalam dengan pengarah Francis Lawrence, penerbit Nina Jacobson dan penulis skrip Peter Craig. Sebuah halaman daripada skrip Part 1 juga dipaparkan dengan tambahan poster gerakan dengan slogan, "Fire burns brighter in the darkness."[35]

Pada 17 Mei 2014, semasa fotografi utama sedang dijalankan di Paris, sesetengah pelakon dan krew termasuk Lawrence, Hutcherson, Hemsworth, Claflin, Moore, Sutherland, Lawrence dan Jacobson menghadiri Festival Filem Cannes 2014 untuk sesi penggambaran dan parti untuk merangsang pelabur antarabangsa.[36] Pengerusi bersama Lionsgate, Rob Friedman berkata sebagai respons kenapa mereka akan menanggung perbelanjaan yang besar walaupun filem ini sebenarnya tidak ditayangkan di festival itu bahawa ia adalah mudah kerana barisan pelakon sudah berada di Eropah dan bahawa "ia adalah satu peluang besar untuk pengedar antarabangsa kami untuk mendengar apa rancangan seluruh dunia untuk filem ini, yang ditayangkan pada bulan November. Cannes adalah peluang publisiti terbaik dari perspektif penembusan antarabangsa."[37]

Kabam mengumumkan perkongsian dengan Lionsgate untuk mencipta permainan mudah alih berdasarkan The Hunger Games: Mockingjay Part 1. Kabam menghasilkan satu koleksi kad permainan mudah alih. Dalam permainan, pemain mengambil alih identiti ahli Daerah dihantar dalam misi untuk membina pakatan mereka, membebaskan Daerah mereka dan membina semula Panem. Permainan ini akan dibangunkan di studio China Kabam.[38]

Filem ini tidak disenaraikan dalam jadual untuk Comic-Con Antarabangsa San Diego 2014 yang menimbulkan persoalan mengenai ketiadaan mereka oleh peminat dan media.[39][40] Lionsgate mengumumkan pada 18 Julai 2014, seminggu sebelum acara itu, bahawa filem ini akan mempunyai kehadiran di konvensyen tersebut. Lionsgate bekerjasama dengan Samsung untuk menunjukkan (termasuk video viral yang dianggap sebagai 'teaser', ketiga) teaser trailer dalam Samsung Galaxy Tab S di sebuah acara istimewa pada hari Jumaat, 25 Julai yang dihoskan di Hard Rock Hotel. Kerjasama itu membenarkan pengguna Samsung untuk melihat trailer itu sebelum ia ditayangkan secara talian, memuat turun dua filem pertama secara percuma dan diberi tiket percuma filem ini.[41] Pada 28 Julai, teaser trailer secara rasmi ditayangkan dalam talian melalui laman rasmi Facebook dan akaun YouTube filem ini.[42][43] Tidak sampai beberapa minit selepas itu, #MockingjayTeaserTrailerToday, #OurLeadertheMockingjay dan #OfficialTeaserTrailer menjadi topik trending seluruh dunia di Twitter. Trailer rasmi penuh pertama ditayangkan pada 15 September.[44] Trailer terakhir ditayangkan pada 29 Oktober sebagai menandakan permulaan tiket pra-jualan.

Pemasaran viral

Kempen pemasaran viral bermula pada 21 Jun 2014 dengan perkembalian TheCapitol.PN[45] sebuah laman web "kerajaan" untuk Panem yang digunakan untuk promosi dua filem sebelumnya. Sempena kerjasama dengan Yahoo dan kerjasama baru dengan Tumblr, mereka mengeluarkan 'District Heroes Collection' yang memaparkan beberapa poster mewakili tujuh daripada tiga belas daerah di Panem. Laman web ini membuka pendaftaran untuk "rakyat Panem" untuk mendaftar menggunakan emel mereka untuk menerima kemas kini dari Capitol TV.

Pada 25 Jun, laman viral TheCapitol.PN mengeluarkan video bertajuk "President Snow's Address - 'Together As One'" memaparkan ucapan dari Donald Sutherland, sebagai Presiden Snow memberi ucapan kepada warga Panem dan memperingatkan mereka bahawa jika mereka memerangi sistem, merekalah yang akan menerima kesan. Video ini juga memaparkan Josh Hutcherson, sebagai Peeta Mellark, dimana ketika peristiwa akhir filem sebelumnya, dia diambil sebagai tahanan Capitol.[46][47][48] Video ini menjadi viral di YouTube menjadikannya trailer paling banyak ditonton pada minggu terakhir bulan Jun di AS manakala ia menjadi trending sebagai "Video paling Popular di YouTube" di Australia dan Kanada.[49]

Dua minggu kemudian pada 9 Julai, Capitol TV mengeluarkan video viral kedua bertajuk 'President Snow's Address - Unity' sekali lagi memaparkan ucapan dari Presiden Snow bersama Peeta Mellark berdiri di sebelahnya tetapi kali ini disertai oleh Jena Malone sebagai Johanna Mason, yang juga ditahan Capitol pada akhir filem sebelumnya dan sekumpulan pasukan penjaga keamanan. Ucapan itu, walau bagaimanapun, telah diganggu oleh Jeffrey Wright, sebagai Beetee Latier, juruteknik dari Daerah 13, mengumumkan bahawa "the Mockingjay lives."[50] Tidak sampai beberapa minit, #TheMockingjayLives dan '#2 - Unity' menjadi topik trending teratas seluruh dunia di Twitter.

Pada 24 Julai, sejurus sebelum tayangan trailer rasmi, sebuah poster teaser filem ini dimuat naik ke akaun Instagram The Capitol, tetapi dengan cepatnya dipadam.[51] Tidak lama selepas pemadaman poster itu, akaun ini memohon maaf "[kerana] masalah teknikal", menyatakan bahawa muat naik poster itu adalah hasil penggodaman dari pemberontakan Daerah 13.

Pada 6 Ogos, selepas beberapa klu diberi oleh laman rasmi Facebook, www.district13.co.in dilancarkan. Laman web itu memperkenalkan poster baru untuk watak Daerah 13 termasuk Beetee, Coin, Plutarch, Finnick, Haymitch dan Effie.[52]

Rujukan

WikiPedia: The_Hunger_Games:_Mockingjay_–_Part_1 http://badassdigest.com/2014/07/13/disney-and-mock... http://boxofficemojo.com/alltime/weekends/ http://boxofficemojo.com/alltime/weekends/month/?m... http://boxofficemojo.com/news/?id=3965&p=.htm http://www.boxofficemojo.com/alltime/domestic.htm http://www.boxofficemojo.com/alltime/weekends/than... http://www.boxofficemojo.com/alltime/weekends/than... http://www.boxofficemojo.com/alltime/world/worldwi... http://www.boxofficemojo.com/franchises/chart/?id=... http://www.boxofficemojo.com/genres/chart/?id=scif...