Pengeluaran The_Hunger_Games:_Mockingjay_–_Part_1

Pra-pengeluaran

Pada 10 Julai 2012, Lionsgate mengumumkan siri ketiga dan terakhir, Mockingjay, akan dipecahkan kepada dua bahagian. The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 ditayangkan pada 21 November 2014 dan The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 ditayangkan pada 20 November 2015.[10] Ramai pengarah termasuk Rian Johnson, Francis Lawrence dan Alfonso Cuarón dipertimbangkan untuk jawatan pengarah. Pada 1 November 2012, Lawrence, pengarah Catching Fire mengumumkan bahawa beliau akan kembali untuk mengarah kedua-dua bahagian filem ini.[11]

Pada 6 Disember 2012, Danny Strong mengumumkan bahawa beliau akan menulis skrip untuk filem ketiga dan keempat.[12] Pada 15 Februari 2013, Lionsgate mengesahkan bahawa skrip Part 1 ditulis oleh Strong dan memberinya kebenaran untuk menulis Part 2.[13] Kemudiannya pada bulan Ogos, Hemsworth mengesahkan bahawa penggambaran filem ini akan bermula pada bulan September 2013.[14]

Pengeluaran filem ini bermula pada 16 September 2013 di Boston, Atlanta dan Los Angeles.[15] Pada 13 November 2013, Nina Jacobson mendedahkan bahawa Peter Craig juga dilantik untuk menulis adaptasi ini.

Pemilihan pelakon

Pada 26 Ogos 2013, ia telah diumumkan bahawa Stef Dawson telah menyertai barisan pelakon dan akan melakonkan watak Annie Cresta.[16] Lionsgate mengumumkan pada 13 September 2013 bahawa Julianne Moore telah menyertai barisan pelakon untuk kedua-dua bahagian Mockingjay sebagai Presiden Alma Coin.[8] Pada bulan seterusnya, Patina Miller, Mahershala Ali, Wes Chatham dan Elden Henson menyertai barisan pelakon sebagai Komander Paylor, Boggs, Castor dan Pollux.[17][18][19] Terdapat pemilihan pelakon untuk watak tambahan pada 23 September. Robert Knepper diberi watak Antonius,[20][21] sebuah karakter yang tidak muncul dalam novel tersebut dan merupakan tambahan kepada adaptasi filem.

Penggambaran

Fotografi utama bermula pada 23 September 22013 di Atlanta dan berakhir pada 20 Jun 2014 di Berlin. Part 1 dirakam secara serentak bersama Part 2.[22] Pada pertengahan bulan Oktober, krew-krew dilihat menjalani penggambaran di Rockmart.[23] Krew-krew dan pelakon berehat sementara untuk mempromosi The Hunger Games: Catching Fire dan penggambaran bersambung kembali pada 2 Disember 2013. Pada 14 Disember 2013, penggambaran mengambil tempat di Marriott Marquis, Atlanta.[24] Pada 18 Disember, penggambaran bermula di Caldwell Tanks, Newnan, Georgia.[25]

Philip Seymour Hoffman yang melakonkan watak Plutarch Heavensbee dalam filem ini meninggal dunia pada 2 Februari 2014 di New York. Lionsgate mengeluarkan kenyataan bahawa Hoffman telah melengkapkan kebanyakan babaknya sebelum kematian beliau.[26][27]

Pada 18 April 2014, penerbit, Nina Jacobson mengumumkan bahawa penggambaran di Atlanta telah berakhir,[28] disusuli dengan pengarah, Francis Lawrence mengumumkan pada hari berikutnya mengenai produksi berpindah ke Eropah.[29] Ia telah diumumkan bahawa mereka akan merakam babak pertempuran di Paris dan Lapangan Terbang Tempelhof di Berlin.[30] Mereka memulakan penggambaran di jalan-jalan Paris dan bandar Ivry-sur-Seine pada 7 Mei dimana Lawrence dan Hemsworth dilihat menjalani penggambaran.[31]

Pada 9 Mei, ia telah dilaporkan bahawa penggambaran mengambil tempat di Noisy le Grand, Paris dimana Lawrence, Hemsworth, Hutcherson dan Claflin dilihat berada di set dunia Panem.[32] Ia merupakan lokasi yang sama ketika filem Brazil dirakam pada tahun 1984.[33]

Kostum

Christian Cordella, ilustrator pakaian untuk filem pertama, kembali untuk melakarkan pakaian untuk Daerah 13.[34]

Rujukan

WikiPedia: The_Hunger_Games:_Mockingjay_–_Part_1 http://badassdigest.com/2014/07/13/disney-and-mock... http://boxofficemojo.com/alltime/weekends/ http://boxofficemojo.com/alltime/weekends/month/?m... http://boxofficemojo.com/news/?id=3965&p=.htm http://www.boxofficemojo.com/alltime/domestic.htm http://www.boxofficemojo.com/alltime/weekends/than... http://www.boxofficemojo.com/alltime/weekends/than... http://www.boxofficemojo.com/alltime/world/worldwi... http://www.boxofficemojo.com/franchises/chart/?id=... http://www.boxofficemojo.com/genres/chart/?id=scif...