Penerimaan The_Hunger_Games:_Mockingjay_–_Part_1

Box office

The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 mengutip $337.1 juta di Amerika Utara dan $415 juta di negara-negara lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $752.1 juta.[63] Mengira semua perbelanjaan, Deadline.com menganggarkan bahawa filem ini membuat keuntungan sebanyak $211.61 juta.[64] Di peringkat dunia, ia merupakan filem dengan kutipan kelima tertinggi pada tahun 2014.[65] Kutipan pembukaan sedunia filem ini adalah $273.8 juta dan merupakan keenam belas terbesar sepanjang zaman, pembukaan kedua terbesar pada tahun 2014 dibelakang Transformers: Age of Extinction ($302.1 juta) dan terbesar dalam francais The Hunger Games.[66]

Amerika Utara

Di Amerika Syarikat dan Kanada, filem ini ditayangkan di 3,200 teater pada malam Khamis, 20 November 2014 dan diperluaskan kepada 4,151 teater pada hari Jumaat, 20 November 2014 .[67][68] Filem ini mengutip $17 juta daripada tayangan malam Khamis dimana ia merupakan yang terbesar untuk tahun 2014 tetapi kurang daripada dua filem sebelumnya.[69][70][71] Ia mengutip $55 juta pada hari pembukaan yang merupakan kutipan hari pembukaan terbesar untuk tahun 2014 dan keenam terbesar pada bulan November tetapi kurang daripada filem sebelumnnya.[72][73][74] Ia merupakan filem kelima belas untuk membuat tayangan pertama pada hari Jumaat dengan kutipan $50 juta atau lebih dan filem kesembilan belas untuk mengutip $50 juta atau lebih dalam sehari.[75] Filem ini menduduki tempat teratas box office pada hujung minggu pembukaannya dengan $121.9 juta dan menjadi pembukaan terbesar tahun 2014 mengatasi rekod $100 juta oleh Transformers: Age of Extinction[76] serta menjadi filem kelima belas terbesar, filem ke-28 untuk debut di atas $100 juta dan satu-satunya francais yang mempunyai tiga filem mengutip lebih $100 juta dalam satu hujung minggu.[77] Pembukaan hujung minggunya juga merupakan keenam terbesar pada bulan November.[78] Walau bagaimanapun, kutipan pembukaan hujung minggunya masih kurang daripada pembukaan The Hunger Games ($152 juta) dan Catching Fire ($158 juta).[79] Pada hujung minggu keduanya, filem ini kekal di tempat teratas dengan mengutip $56.9 juta dan mencatat rekod ketiga tertinggi untuk kutipan 5 hari Thanksgiving dengan $82.6 juta dibelakang The Hunger Games: Catching Fire ($109.9 juta) dan Frozen ($93.6 juta)[80][81][82] dan kelima tertinggi untuk kutipan 3 hari Thanksgiving dengan $56.9 juta.[83] Filem ini menduduki tempat teratas box office untuk tiga hujung minggu berturut-turut[84] sebelum diambil alih Exodus: Gods and Kings semasa hujung minggu keempatnya.[85] Filem ini mengatasi kutipan $300 juta pada hujung minggu keenam (37 hari kemudian) dan menjadi filem kedua pada tahun 2014 untuk mengutip $300 juta di box office selepas Guardians of the Galaxy.[86] Pada hari Rabu, 21 Januari 2015, 61 hari kemudian selepas tayangan, filem ini mengatasi Guardians of the Galaxy dan menjadi filem dengan kutipan tertinggi pada tahun 2014 di Amerika Utara[87] sebelum diatasi oleh American Sniper.[88]

Ia mengutip $337.1 juta di Amerika Utara dan menjadi filem dengan kutipan terendah dalam francais The Hunger Games,[89] filem dengan kutipan kedua tertinggi pada tahun 2014 (dibelakang American Sniper),[90] filem sains fiksyen berdasarkan novel dengan kutipan keempat tertinggi,[91] adapatasi novel remaja dengan kutipan keempat tertinggi.[92] dan filem dengan kutipan ke ketiga puluh enam tertinggi di Amerika Utara.[93] Ia juga merupakan filem pertama untuk melepasi $300 juta tanpa format 3D atau IMAX sejak Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull (2008) dan juga filem bukan-3D dan IMAX dengan kutipan tertinggi sejak Pirates of the Caribbean: Dead Man's Chest (2006).[94]

Luar Amerika Utara

Di luar Amerika Utara, Mockingjay – Part 1 juga ditayangkan pada hari yang sama di 85 pasaran yang lain, dengan pengecualian China, Jepun dan India, menjadikannya tayangan paling meluas untuk mana-mana filem pada tahun 2014.[67][68] Filem ini mengutip lebih $33 juta dalam masa dua hari (Rabu–Khamis) dan $67.5 juta dalam masa tiga hari (Rabu–Jumaat) dari 17,000 teater di 85 pasaran.[95] Semasa hujung minggu pembukaannya di luar negara, filem ini mengutip $154.3 juta yang merupakan 4% lebih tinggi daripada Catching Fire.[96] Filem ini kekal di nombor satu pada hujung minggu kedua dan ketiga di luar negara dengan mengutip $67 juta dan $32.9 juta.[97][98][99] Pada hujung minggu keempatnya, filem ini jatuh di tempat kedua dan diambil alih The Hobbit: The Battle of the Five Armies.[100][101]

Pembukaan filem terbesar berlaku di United Kingdom, Ireland dan Malta ($19.9 juta), Jerman ($13.7 juta), Mexico ($12.1 juta), Rusia dan CIS ($11.1 juta), Perancis ($10.5 juta), Australia ($10.1 juta), Brazil ($8.8 juta) dan India ($5.1 juta).[102] Di China, dimana filem ini ditayangkan dua bulan setengah kemudian - pada 8 Februari 2015, ia dibuka dengan kutipan $9.87 juta[103] dan mengutip $31.4 juta sepanjang minggu pembukaan, yang lebih banyak daripada Catching Fire dapat sepanjang tayangan mereka.[104] Filem ini gagal dalam pembukaan di Jepun dengan kutipan hanya $500,000.[105]

Ia menjadi filem Hunger Games dengan kutipan tertinggi sepanjang masa di 31 negara termasuk Brazil, Itali, Chile, Venezuela, Amerika Tengah dan Portugal.[100]

Penerimaan kritis

The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 menerima ulasan bercampur ke positif oleh pengkritik-pengkritik,[106][107][108] dengan pujian untuk subteks politiknya dan persembahan lakonan (terutamanya Lawrence) tetapi kritikan untuk kekurangan aksi dan membahagikan sumber kepada dua adaptasi berasingan. Laman web Rotten Tomatoes melaporkan rating kelulusan 65%, berdasarkan 233 ulasan, dengan purata skor 6.3/10. Filem ini mendapat skor Metacritic 64 daripada 100, berdasarkan 44 ulasan, menunjukkan "ulasan umumnya baik".[109]

Kedua-dua The Telegraph[110] dan Los Angeles Times walau bagaimanapun melaporkan penerimaan bercampur ke sederhana.[111] Penonton yang dikaji selidik oleh CinemaScore memberikan filem ini gred "A-".[112]

Cath Clarke dari Time Out memberi filem ini empat daripada lima bintang. Beliau memuji konteks politik dan persembahan lakonan Lawrence sebagai "kuat, bijak, degil, marah dan sepenuh hati" dan berkata bahawa filem telah berkembang "menjadi lebih mendalam dan lebih gelap."[113] Kevin Harley yang mengkaji filem untuk Total Film juga memberikan filem ini empat daripada lima bintang. Robbie Collin memberi filem ini tiga daripada lima bintang. Henry Barnes dari The Guardian juga memberi filem ini tiga daripada lima bintang.

Rujukan

WikiPedia: The_Hunger_Games:_Mockingjay_–_Part_1 http://badassdigest.com/2014/07/13/disney-and-mock... http://boxofficemojo.com/alltime/weekends/ http://boxofficemojo.com/alltime/weekends/month/?m... http://boxofficemojo.com/news/?id=3965&p=.htm http://www.boxofficemojo.com/alltime/domestic.htm http://www.boxofficemojo.com/alltime/weekends/than... http://www.boxofficemojo.com/alltime/weekends/than... http://www.boxofficemojo.com/alltime/world/worldwi... http://www.boxofficemojo.com/franchises/chart/?id=... http://www.boxofficemojo.com/genres/chart/?id=scif...