Plot The_Hunger_Games:_Mockingjay_–_Part_1

Selepas diselamatkan daripada arena yang musnah ketika Hunger Games ke-75, Katniss Everdeen bersama-sama Beetee dan Finnick Odair dibawa ke Daerah 13, sebuah daerah bebas berasingan dari daerah Panem yang lain yang sedang mengetuai pemberontakan. Di sana, Katniss bertemu semula dengan ibunya dan Prim. Dia diperkenalkan kepada Presiden Alma Coin, ketua pemberontak dan diberitahu bahawa tindakannya dalam arena mencetuskan rusuhan dan mogok terhadap Capitol. Coin bertanya kepadanya jika dia akan menjadi "Mockingjay"—simbol pemberontakan—sebagai sebahagian daripada strategi hati dan minda mereka. Katniss menolak dan dengan marah mengingatkannya bahawa mereka meninggalkan Peeta Mellark di arena. Atas cadangan Plutarch Heavensbee, bekas Ketua Gamemaker, dia dibawa untuk melihat runtuhan Daerah 12 yang dibom oleh Capitol (kecuali rumah-rumah di tempat tinggal Pemenang). Selepas melihat Peeta digunakan oleh televisyen Capitol untuk menghentikan pemberontakan, Katniss mengubah fikirannya dan bersetuju untuk menjadi Mockingjay Coin dengan syarat bahawa Peeta dan pemenang-pemenang yang lain akan diselamat dan dimaafkan serta adiknya, Prim, dibenarkan untuk menyimpan kucingnya.

Selepas Haymitch melihat Katniss lebih tenang, dia diperkenalkan kepada pasukan penggambarannya (diketuai pelarian Capitol, Cressida), dipakaikan pakaian rekaan khas dan diberikan Effie Trinket sebagai pereka fesyennya dan kawan rapatnya, Gale sebagai pengawal peribadi. Mereka pergi ke Daerah 8 untuk melawat sebuah hospital tetapi selepas lawatan mereka berakhir, skuadron pengebom Capitol tiba dan mengebom hospital itu, membunuh semua orang di dalamnya. Dalam nada kemarahan, Katniss memberikan ucapan kepada kamera yang disiarkan selepas Beetee merampas siaran berita Capitol. Selepas penyiaran itu, penyerang di Daerah 7 membunuh keseluruhan pasukan penjaga keamanan dengan menggunakan lombong tanah tersembunyi.

Selepas melihat Peeta yang lemah di TV, pasukan itu kembali ke Daerah 12, dimana Gale menceritakan kemusnahan Daerah itu dan Katniss dirakam menyanyikan lagu "The Hanging Tree". Selepas itu, beratus-ratus penunjuk perasaan di Daerah 5, menyanyikan lagu yang sama dan melancarkan serangan gelombang manusia membunuh diri terhadap sebuah empangan hidroelektrik yang merupakan sumber utama elektrik Capitol. Serangan itu berjaya, memaksa Capitol kembali menyandarkan kepada penjana kuasa dan melemahkan keupayaan mereka untuk menyiarkan propaganda mereka.

Pada malam itu, Katniss melihat Peeta ditemu bual oleh Caesar Flickerman, bekas pengacara Permainan itu. Heavensbee dan Coin merampas siaran ke udara itu dengan menyiarkan klip Katniss. Selepas melihatnya, Peeta tiba-tiba menjerit memberi amaran bahawa Capitol akan menyerang Daerah 13. Coin mengarahkan pemindahan besar-besaran ke dalam tempat perlindungan bawah tanah. Walaupun Prim hampir terkunci di luar apabila dia kembali untuk mendapatkan kucingnya, semua orang berjaya masuk ke dalam dengan selamat dan fasiliti itu terselamat daripada serangan tersebut. Selepas keluar, Katniss mendapati kawasan itu dipenuhi dengan mawar putih, menyedari bahawa Presiden Snow telah menghantar ia untuk mengejeknya dan menganggap bahawa dia akan membunuh Peeta. Kerana amaran Peeta yang memberikan Daerah itu lapan minit tambahan untuk pemindahan, Coin menghantar sebuah pasukan tentera elit khas termasuk Gale untuk menyelamatkannya bersama-sama Johanna Mason dan Annie Cresta, baki-baki pemenang lain daripada penjara mereka di pusat tribute Capitol. Mereka berjaya menyelamatkan mereka. Walau bagaimanapun, apabila Katniss pergi untuk menyambut Peeta, dia tiba-tiba menyerang dan mencekiknya sehingga tidak sedarkan diri sebelum dipukul sehingga pengsan oleh Boggs.

Katniss terjaga di fasiliti perubatan dan dimaklumkan bahawa Peeta telah "dirampas" - satu bentuk penyeksaan fizikal / mental dimana mindanya dikawal untuk mahu membunuh Katniss dengan mengaitkan kenangan Katniss dengan keganasan psikologi yang dicipta oleh racun tracker Jacker — perkara itu menjelaskan kenapa Capitol membenarkan pasukan Gale untuk melepaskan diri. Proses untuk membatalkan kesan itu bermula dengan Peeta diletakkan secara berasingan. Coin mengumumkan misi menyelamat pemenang-pemenang berjaya dan objektif mereka yang seterusnya adalah kubu kuat tentera utama Capitol di Daerah 2.

Rujukan

WikiPedia: The_Hunger_Games:_Mockingjay_–_Part_1 http://badassdigest.com/2014/07/13/disney-and-mock... http://boxofficemojo.com/alltime/weekends/ http://boxofficemojo.com/alltime/weekends/month/?m... http://boxofficemojo.com/news/?id=3965&p=.htm http://www.boxofficemojo.com/alltime/domestic.htm http://www.boxofficemojo.com/alltime/weekends/than... http://www.boxofficemojo.com/alltime/weekends/than... http://www.boxofficemojo.com/alltime/world/worldwi... http://www.boxofficemojo.com/franchises/chart/?id=... http://www.boxofficemojo.com/genres/chart/?id=scif...