Plot The_Hunger_Games:_Mockingjay_–_Part_2

Katniss Everdeen berada dalam proses untuk pulih selepas diserang oleh Peeta Mellark yang telah diubah fikirannya oleh Capitol. Pemberontak menyerang dan melumpuhkan senjata-senjata Capitol di Daerah 2. Katniss cuba untuk menghimpunkan penyokong setia Capitol tetapi ditembak semasa konfrontasi itu.

Walaupun Katniss ingin membunuh Presiden Snow dengan sendirinya, Alma Coin enggan membenarkan dia menyertai pertempuran. Di majlis perkahwinan Finnick dan Annie, Johanna Mason mencadangkan Katniss untuk menyelinap masuk ke dalam kapal bekalan yang menuju ke Capitol dimana Komander Paylor merancang serangan. Tidak dapat untuk membawanya pulang, Coin memasukkan Katniss ke dalam "Skuad Bintang" diketuai oleh Boggs. Skuad itu juga terdiri daripada Gale, Finnick, Cressida, Messalla, Castor, Pollux, Jackson, kembar Leeg, Mitchell dan Homes; mereka akan mengikut langkah keselamatan disebalik pencerobohan sebenar Capitol menunjukkan video pencerobohan mereka untuk tujuan propaganda. Boggs membawa peta hologram ("Holo") untuk membantu mereka mengelak perangkap yang dipasang oleh Capitol. Coin juga menghantar Peeta untuk menyertai skuad itu walaupun dia belum pulih sepenuhnya.

Ketika mereka masuk lebih jauh ke dalam Capitol, Boggs dengan tidak sengaja menghidupkan pod menyebabkan periuk api meletup dan dia cedera teruk. Dia sempat untuk memindahkan tugas Holo kepada Katniss sebelum mati. Skuad itu menghidupkan satu lagi pod yang melepaskan banjir tar hitam. Peeta kembali kepada keadaan asalnya dan menyerang Katniss sebelum menolak Mitchell ke dalam tar itu menyebabkan dia terbunuh. Kumpulan itu berlindung di sebuah bangunan terbiar dimana Jackson cuba untuk mengendalikan Holo sehingga Katniss meyakinkan mereka bahawa dia berada dalam tugasan rahsia dari Coin untuk membunuh Snow. Katniss dan kebanyakan ahli kumpulan itu melarikan diri tidak lama sebelum skuad Penjaga Kemananan tiba dan memusnahkan bangunan itu menyebabkan kembar Leeg terbunuh. Capitol menyiarkan pengumuman kematian Katniss sebelum siaran itu diganggu oleh Coin yang menyampaikan eulogi beremosi untuknya untuk menghimpunkan pemberontak.

Pasukan ini turun ke dalam pembetung Capitol untuk mengelakkan pod tetapi mereka diserang oleh sekumpulan makhluk dikenali sebagai "mutts". Jackson, Castor dan Homes terbunuh ketika pasukan itu melarikan diri dari pembetung. Finnick berlawanan dengan sekumpulan makhluk itu untuk membolehkan pasukannya melarikan diri, memaksa Katniss untuk mencetuskan letupan, membunuh Finnick dan baki mutts. Ahli kumpulan yang masih terselamat sampai ke permukaan tetapi dikejar oleh Penjaga Keamanan dan Messalla terbunuh akibat sebuah pod. Pasukan ini berlindung di sebuah kedai dimana Tigris, bekas penggaya Hunger Games yang simpati terhadap pemberontak menyembunyikan mereka di bilik bawah tanah.

Ketika ramai pemberontak berjaya mara, Snow menjemput rakyat Capitol yang melarikan diri ke rumah agamnya untuk perlindungan. Katniss dan Gale menyertai orang ramai dan menyamar sebagai pelarian untuk sampai kepada Snow. Pemberontak tiba dan menyerang menyebabkan ramai terbunuh. Dalam keadaan huru-hara itu, Katniss bergerak ke arah rumah agam Snow dimana Penjaga Keamanan membawa kanak-kanak Capitol ke hadapan pagar yang ditutup. Sebuah hoverkraf terbang dan menjatuhkan bungkusan kecil menggunakan payung terjun ke arah sekumpulan kanak-kanak. Bungkusan itu meletup dan membunuh mereka. Sekumpulan pegawai perubatan pemberontak termasuk adik Katniss, Prim cuba untuk membantu yang cedera. Gelombang kedua bom meletup menyebabkan Prim terbunuh dan Katniss tidak sedarkan diri.

Setelah pulih, Katniss mendapati bahawa Capitol telah ditawan dan Snow telah ditangkap. Apabila Katniss berhadapan dengan Snow, dia mendakwa Coin yang merancang pengeboman di luar rumah agamnya supaya askar-askar berpaling tadah terhadapnya. Katniss menyedari bahawa insiden itu menyerupai perangkap yang dibangunkan oleh Gale. Apabila Gale gagal untuk meyakinkan Katniss bahawa bom itu bukan rekaannya, Katniss memutuskan hubungan dengannya. Coin menjemput baki pemenang Hunger Games untuk mengundi cadangan untuk mengadakan satu lagi Hunger Games menggunakan kanak-kanak Capitol sebagai tanda simbolik untuk memuaskan hati penduduk daerah lain. Katniss mengundi untuk mengadakan Hunger Games tersebut sebagai pertukaran untuk hak melaksanakan hukuman mati terhadap Snow.

Ketika hukuman mati tersebut, Katniss membunuh Coin dan bukannya Snow. Pemberontak menahan Katniss manakala Snow diseksa dan dibunuh oleh orang ramai yang marah. Katniss diampunkan untuk jenayah itu dan kembali ke Daerah 12 dimana dia disertai oleh Peeta yang telah pulih. Komander Paylor dipilih sebagai Presiden baru Panem. Beberapa tahun kemudian, Katniss dan Peeta bermain dengan dua anak mereka.

Rujukan

WikiPedia: The_Hunger_Games:_Mockingjay_–_Part_2 http://www.accessatlanta.com/weblogs/buzz/2013/sep... http://www.boxofficemojo.com/franchises/chart/?id=... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=hungergame... http://www.boxofficemojo.com/movies/?page=intl&id=... http://www.boxofficemojo.com/news/?id=4130&p=.htm http://www.boxofficemojo.com/yearly/chart/?view2=w... http://www.bustle.com/articles/125655-whats-on-the... http://www.cnbc.com/2015/11/23/the-associated-pres... http://collider.com/hunger-games-mockingjay-franci... http://deadline.com/2015/02/mockingjay-2-imax-3d-1...