Tayangan The_Hunger_Games:_Mockingjay_–_Part_2

The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 ditayangkan pada 20 November 2015 di Amerika Syarikat dan Kanada. Tayangan perdana dunia mengambil tempat di Berlin, Jerman pada 4 November 2015. [42] Filem ini pada mulanya dijadual akan ditayangkan dalam format 2D, Digital 3D, RealD 3D dan IMAX 3D yang akan menjadikannya satu-satunya filem dalam siri ini yang akan ditayangkan secara global dalam format 3D (filem sebelumnya ditayangkan dalam format 3D di China[43]). Ia merupakan filem ketiga dalam siri yang akan ditayangkan dalam format IMAX selepas filem pertama dan kedua.[44] Walau bagaimanapun, keputusan untuk mengeluarkan filem ini dalam format 3D dan IMAX 3D di Amerika Utara dibatalkan. Filem ini ditayangkan dalam format Dolby Vision di Sinema Dolby yang merupakan kali pertama untuk Lionsgate.[45]

Pemasaran

Bersama-sama poster teaser pertama filem ini,[46] Lionsgate mengeluarkan trailer teaser pada 18 Mac 2015 bertajuk The Hunger Games Franchise Logo — Remember.[47] Pada 1 Jun, poster teaser baru untuk filem ini yang memaparkan arca Presiden Snow yang disoraknya telah dikeluarkan di TheCapitol.PN. 9 Pada Jun, trailer teaser untuk filem ini telah dikeluarkan.[48] Beberapa siri poster berlainan yang memaparkan barisan pelakon utama dengan warna merah Mockingjay dicat dimuka mereka telah dikeluarkan pada bulan Julai oleh Lionsgate.

Kemudiannya pada bulan Julai, Lionsgate mengeluarkan poster motion, poster teaser dan video propaganda disusuli dengan trailer rasmi filem ini. Pada bulan Ogos, sebuah poster dikeluarkan dengan kenyataan, "100 hari sebelum The Hunger Games: Mockingjay - Part 2." Walau bagaimanapun, ia dipadam tidak lama selepas itu kerana teks pada poster itu menyerupai perkataan kesat akibat susun atur . Walau bagaimanapun, satu lagi poster telah dikeluarkan menggambarkan Katniss berdiri di atas bahu arca Presiden Snow yang tumbang.[49] Pada 16 September, poster rasmi telah dikeluarkan bersama trailer baru: "For Prim". Pada 30 September, sehari sebelum tiket dijual, poster terakhir yang memaparkan Katniss telah dikeluarkan.

Rujukan

WikiPedia: The_Hunger_Games:_Mockingjay_–_Part_2 http://www.accessatlanta.com/weblogs/buzz/2013/sep... http://www.boxofficemojo.com/franchises/chart/?id=... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=hungergame... http://www.boxofficemojo.com/movies/?page=intl&id=... http://www.boxofficemojo.com/news/?id=4130&p=.htm http://www.boxofficemojo.com/yearly/chart/?view2=w... http://www.bustle.com/articles/125655-whats-on-the... http://www.cnbc.com/2015/11/23/the-associated-pres... http://collider.com/hunger-games-mockingjay-franci... http://deadline.com/2015/02/mockingjay-2-imax-3d-1...