Pengeluaran The_Hunger_Games:_Mockingjay_–_Part_2

Pra-pengeluaran

Pada 10 Julai 2012, Lionsgate mengumumkan bahawa adaptasi filem untuk Mockingjay akan dibahagikan kepada dua bahagian; The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 yang ditayangkan pada 21 November 2014 dan The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 yang ditayangkan pada 20 November 2015.[12] Pada 1 November 2012, Francis Lawrence, pengarah Catching Fire mengumumkan bahawa beliau akan kembali untuk mengarahkan kedua-dua bahagian terakhir siri.[13]

Pada 6 Disember 2012, Danny Strong mengumumkan bahawa beliau akan menulis skrip untuk filem ketiga dan keempat.[14] Pada 15 Februari 2013, Lionsgate meluluskan skrip untuk Part 1 dan memberi Strong kebenaran untuk menulis Part 2.[15] Pada bulan Ogos, Hemsworth mengesahkan bahawa penggambaran filem ini akan bermula pada bulan berikutnya.[16]

Pengeluaran filem ini bermula pada 16 September 2013 di Boston, Atlanta dan Los Angeles.[17] Pada 13 November 2013, penerbit Nina Jacobson mendedahkan bahawa Peter Craig juga dilantik untuk menulis adaptasi ini.[1]

Pemilihan pelakon

Kesemua barisan pelakon utama seperti Jennifer Lawrence sebagai Katniss, Josh Hutcherson sebagai Peeta, Liam Hemsworth sebagai Gale, Woody Harrelson sebagai Haymitch, Donald Sutherland sebagai Presiden Snow, Elizabeth Banks sebagai Effie, Willow Shields sebagai Prim, Paula Malcomson sebagai Pn Everdeen dan Stanley Tucci sebagai Caesar,[18] kembali menyambung watak mereka. Julianne Moore juga kembali menyambung watak beliau sebagai Presiden Alma Coin bersama-sama Philip Seymour Hoffman yang meninggal dunia semasa penggambaran pada bulan Februari 2014 sebagai Plutarch.

Pada 26 Ogos 2013, ia telah diumumkan bahawa Stef Dawson telah menyertai barisan pelakon sebagai Annie Cresta.< Lionsgate mengumumkan pada 13 September 2013 bahawa Julianne Moore telah menyertai barisan pelakon sebagai Presiden Alma Coin. Pada bulan yang sama, Lily Rabe, Patina Miller, Mahershala Ali, Wes Chatham dan Elden Henson diumumkan telah menyertai barisan pelakon untuk menyambung watak mereka sebagai Komander Lyme, Komander Paylor, Boggs, Castor dan Pollux.[19] Semasa tempoh ini, terdapat juga pemilihan pelakon untuk pelakon tambahan.[20] Rabe terpaksa meninggalkan filem ini kerana konflik penjaduaalan bersama Much Ado About Nothing.[21] Pada 4 April 2014, ia telah diumumkan bahawa beliau akan digantikan oleh Gwendoline Christie untuk watak Lyme.

Babak perfileman Daerah 2 di Lapangan Terbang Berlin Tempelhof pada bulan Mei 2014.

Penggambaran

Penggambaran filem ini bermula pada 23 September 2013 di Atlanta dan berakhir pada 20 Jun 2014, di Berlin, Jerman; kedua-dua bahagian dirakam secara berterusan.[22] Pada bulan Oktober 2013, penggambaran mengambil tempat di Rockmart, Georgia.[23] Selepas berehat seketika untuk mempromosi The Hunger Games: Catching Fire, penggambaran bersambung pada 2 Disember 2013. Pada 14 Disember 2013, penggambaran dijalankan di Marriott Marquis di Atlanta.[24] Pada 18 Disember, penggambaran bermula di Caldwell Tanks, Newnan, Georgia.[25]

Philip Seymour Hoffman yang melakonkan watak Plutarch Heavensbee meninggal dunia pada 2 Februari 2014. Ketika kematiannya, beliau telah selesai menjalani penggambaran babaknya untuk Part 1 dan ada seminggu lagi untuk penggambaran Part 2; Lionsgate kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa majoriti babak Hoffman telah selesai dan tarikh tayangan Part 2 tidak akan terkesan.[26][27] Ia pada awalnya diumumkan bahawa Hoffman akan dicipta semula secara digital untuk babak utama yang melibatkan wataknya yang belum menjalani penggambaran.[28][29]

Pada 18 April 2014, Nina Jacobson mengumumkan bahawa penggambaran di Atlanta telah selesai;[30] pada hari berikutnya, Francis Lawrence mengumumkan bahawa produksi itu akan bergerak ke Eropah.[31] Ia juga diumumkan bahawa babak pertempuran akan dirakam di Paris dan Lapangan Terbang Berlin Tempelhof di Berlin.[32][33] Penggambaran bermula pada 7 Mei di Paris dimana Jennifer Lawrence dan Hemsworth dilihat menjalani penggambaran bersama-sama pelakon tambahan.[34]

Pada 9 Mei, penggambaran mengambil tempat di Noisy le Grand, Paris dimana Jennifer Lawrence, Hutcherson dan Claflin dilihat berada di set.[35] Ia merupakan lokasi yang sama dimana filem Brazil (1985) dirakam 30 tahun lebih awal.[36]

Menjelang akhir bulan Mei, barisan pelakon dan krew menjalani penggambaran di beberapa lokasi di Berlin dan Brandenburg, Jerman. Di Rüdersdorf, Brandenburg, krew menjalani penggambaran yang memaparkan Daerah Lapan di sebuah kilang lama simen. Babak untuk Daerah Dua menjalani penggambaran di Lapangan Terbang Berlin Tempelhof dengan Lawrence dan Hutcherson dilihat berada di set.[37] Sebuah agensi pemilihan pelakon Jerman mengambil 1,000 pelakon tambahan yang berwarganegara asing (Afrika, Asia, Eropah Selatan dan Turki) untuk menjalani penggambaran di Studio Filem Babelsberg.[38]

Rujukan

WikiPedia: The_Hunger_Games:_Mockingjay_–_Part_2 http://www.accessatlanta.com/weblogs/buzz/2013/sep... http://www.boxofficemojo.com/franchises/chart/?id=... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=hungergame... http://www.boxofficemojo.com/movies/?page=intl&id=... http://www.boxofficemojo.com/news/?id=4130&p=.htm http://www.boxofficemojo.com/yearly/chart/?view2=w... http://www.bustle.com/articles/125655-whats-on-the... http://www.cnbc.com/2015/11/23/the-associated-pres... http://collider.com/hunger-games-mockingjay-franci... http://deadline.com/2015/02/mockingjay-2-imax-3d-1...