Penerimaan The_Hunger_Games:_Mockingjay_–_Part_2

Box office

The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 mengutip $281.7 juta di Amerika Utara dan $371.2 juta di negara-negara lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $652.9 juta.[6] Ia merupakan filem dengan kutipan terendah dalam siri filem The Hunger Games[50] dan filem dengan kutipan kesembilan tertinggi pada tahun 2015.[51] Pengerusi bersama Lionsgate, Rob Friedman menyalahkan impak serangan Paris November 2015 dan tayangan Star Wars: Episode VII – The Force Awakens.[52]

Amerika Utara

Filem ini mengutip $16 juta dari pratonton malam Khamis yang merupakan paling rendah dalam francais tetapi ketiga terbesar pada tahun 2015[53] dan $45.5 juta semasa hari pembukaan.[54] Semasa minggu pembukaan, filem ini mengutip $102.7 juta, menduduki tempat pertama di box office dan merupakan pembukaan terendah dalam francais Hunger Games.[55] Filem ini menduduki tempat pertama di box office Amerika Utara untuk empat minggu berturut-turut.[56][57] Mockingjay – Part 2 mengutip $281 juta, 17% kurang daripada Mockingjay – Part 1.[6][58]

Luar Amerika Utara

Di luar Amerika Utara, filem ini ditayangkan di 92 negara. Kutipan pembukaan terbesar berlaku di United Kingdom dengan $17.1 juta diikuti China dengan $15.8 juta, Jerman ($15 juta), Mexico ($8.9 juta), Perancis ($7.1 juta), Australia ($6.8 juta), Brazil ($6.8 juta), Rusia ($6.7 juta), Venezuela ($5.6 juta) dan Itali ($4.3 juta). Secara keseluruhan, negara dengan kutipan terbesar adalah Jerman ($43.7 juta), United Kingdom ($43.1 juta) dan Colombia ($36 juta).[59][60]

Penerimaan kritis

The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 menerima ulasan positif dari pengkritik terutamanya untuk babak aksi dan persembahan lakonan (terutamanya untuk Lawrence, Malone dan Hutcherson) dan kritikan ditujukan kepada pembuat filem ini kerana membahagikan sumber rujukan kepada dua adaptasi berasingan.[61] Di laman web Rotten Tomatoes, filem ini mendapat rating 70%, berdasarkan 226 ulasan dengan purata rating 6.5/10.[62] Di Metacritic, filem ini mendapat skor 65 daripada 100 berdasarkan 44 pengkritik, menunjukkan "ulasan umumnya menggalakan".[63] Penonton yang dikaji selidik oleh CinemaScore memberikan filem ini gred "A–" dari skala A+ ke F.[64]

Rujukan

WikiPedia: The_Hunger_Games:_Mockingjay_–_Part_2 http://www.accessatlanta.com/weblogs/buzz/2013/sep... http://www.boxofficemojo.com/franchises/chart/?id=... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=hungergame... http://www.boxofficemojo.com/movies/?page=intl&id=... http://www.boxofficemojo.com/news/?id=4130&p=.htm http://www.boxofficemojo.com/yearly/chart/?view2=w... http://www.bustle.com/articles/125655-whats-on-the... http://www.cnbc.com/2015/11/23/the-associated-pres... http://collider.com/hunger-games-mockingjay-franci... http://deadline.com/2015/02/mockingjay-2-imax-3d-1...