Thomas_More
Thomas_More

Thomas_More

Sir Thomas More (7 Februari 14786 Julai 1535) ialah peguam, penulis, negarawan, dan syahid Katolik. Semasa hidupnya, beliau memperoleh reputasi sebagai seorang cendekiawan humanisme yang terutama di Universiti Oxford, dan pernah menyandang banyak jawatan awam. More dihargai kerana merupakan pengaruh utama dalam pengembangan ekuiti (keadilan) sebagai sebuah sistem undang-undang tambahan kepada undang-undang Inggeris. Beliau mencipta perkataan "utopia" yang merujuk kepada sebuah negara pulau khayalan yang ideal. Sistem politik negara ini diperihalkan dalam bukunya yang diterbitkan pada tahun 1516. Pada musim luruh tahun 1529, More mewarisi Kardinal Wolsey sebagai Lord Canselor England. Beliau tidak bersetuju dengan Raja Henry VIII terhadap pembubaran perkahwinan baginda dengan Catherine dari Aragon. Dua tahun kemudian pada tahun 1532, More meletakkan jawatannya dan bersara daripada kehidupan awam.Pada tahun 1534, Parlimen meluluskan Akta Keagungan (bahasa Inggeris: Supremacy Act) yang menjadikan Raja England sebagai ketua Gereja England. More enggan menerima Raja Henry VIII sebagai ketua Gereja England, satu keputusan yang menamatkan kerjaya politiknya, serta mengakibatkannya dihukum mati kerana menderhaka.Pada tahun 1935, empat ratus selepas kematiannya, More diisytiharkan sebagai santo Gereja Katolik oleh Paus Pius XI, dan kemudiannya diisytiharkan sebagai santo penaung untuk golongan negarawan dan peguam. Beliau berkongsi hari perayaan pada 22 Jun dalam takwim santo Katolik, dengan Santo John Fisher, Biskop tunggal semasa pembaharuan Inggeris yang enggan menolak kepercayaan Katolik dan taat setia kepada Paus. More ditambah dalam takwim santo Gereja England pada tahun 1980.