Kemudahan Tokyo_Metro

Banyak usaha dibuat untuk membuat sistem ini dapat memudahkan pengguna yang tidak boleh bertutur Jepun seperti:

  • Pengumuman mengenai perhentian kereta api dalam bahasa Inggeris dan Jepun.
  • Mesin tiket dalam bahasa Inggeris dan Jepun.
  • Stesen keretapi yang ditanda dalam bahasa Inggeris dan Jepun (dalam tulisan kanji dan hiragana). Terdapat juga dalam bahasa Cina dan Korea.
  • Stesen keretapi mengunakan kod warna tanpa perlu mengetahui nama stesen. Sebagai contoh, Stesen Shinjuku di aliran Marunouchi bertanda M-08 dengan bulatan berwarna merah.
  • Banyak stesen juga direka untuk membantu orang-orang yang cacat penglihatan.
  • Stesen Tokyo Metro mula menerima kad prabayar PASMO (RFID) sejak Mac 2007 untuk membayar tambang. Sistem Suica JR Timur untuk tujuan universal. Kedua-dua pas boleh digunakan di sekitar sistem keretapi. Kebanyakan pengguna beralih kepada kad ini kerana ia sangat efisen.

Tokyo Metro sangat cekap kerana mempunyai kereta api tiba kurang dari lima minit. Ia beroperasi pada waktu siang dan malam. Walau bagaimanapun, ia tidak berjalan 24 jam sehari. Kereta api pertama amnya bermula pada 05:00.

Tokyo Metro bersambung dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dan Lapangan Terbang Haneda dan Stesen Tokyo. Ia mempunyai pintasan ke aliran Asakusa dan Keisei Oshiage.

Tokyo Metro turut mengekalkan sebuah muzium berhampiran Stesen Nishi-Kasai di aliran Tōzai yang dibuka pada 12 Julai 1986. Di muzium ini, terdapat beberapa buah kereta api lama yang pernah beroperasi di aliran Ginza dan Marunouchi.